say welcome

WELCOME TO MY WORLD

Monday, 10 December 2012

BERWASPADALAH.. PADAH MALAS MINUM AIR PUTIH

Tidak sedikit orang yang malas minum air putih terutama di bilik atau kawasan sejuk kerana merasa tidak haus. Sebaiknya jangan turuti perasaan malas minum air putih kerana tubuh yang akan menanggung akibatnya. Air adalah komponen terbesar di dalam tubuh manusia. Kandungannya berbeza-beza mengikut usia. Kandungan air pada bayi 80 peratus, orang dewasa sebanyak 60 peratus dan pada usia lanjut atau di atas 65 tahun sebanyak 50 peratus.
Air juga merupakan zat penting bagi kesihatan tubuh kerana berperanan sebagai pelarut, pemangkin, pelincir, pengatur suhu tubuh serta pembekal mineral dan elektrolit. Banyaknya air yang diperlukan seseorang berbeza-beza tergantung pada ukuran tubuh orang tersebut dan apa yang dianggap sesuai untuk tubuhnya. Meski keperluan air tiap orang berbeza mengikut Profesor Hiromi Shinya MD, pakar enzim yang juga guru besar perubatan di Albert Einstein College of Medicine AS, usahakan badan untuk mendapatkan bekalan air 6-8 gelas per hari (1,5-2 liter) untuk orang dewasa . akibat malas minum air putih Ini akibat jika malas minum air putih seperti dilansir American College of Sports Medicine: 
1. Ketika bekalan air minim tubuh akan mengalami kekurangan air atau dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cecair di otak akan menurun, pengambilan oksigen yang harusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang, bahkan boleh mengecut. 
2. Komposisi otak terdiri atas cecair, dan ketika otak tidak mendapat asupan air yang cukup akan terjadi gangguan fungsi kognitif (kepandaian) di otak. Otak tidak boleh menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yaang akhirnya membuat seseorang menjadi lemot, mudah lupa, dan tidak konsentrasi. 
3. Dehidrasi yang dialami tubuh boleh menyebabkan gejala mulai dari yang ringan dan sedang seperti lelah, haus, tekak kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, sehingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian. 
4. Rentan terkena jangkitan pundi kencing kerana bakteria tidak boleh keluar akibat kurang minum. Gejala jangkitan pundi kencing ini boleh berupa suhu badan yang sedikit meningkat, rasa sakit terutama saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan, sakit tekan di atas tulang kemaluan. Kadang kala terdapat darah dalam urine. 
5. Perempuan harus lebih banyak mengambil air kerana panjang saluran kemihnya lebih pendek dibanding laki-laki. Banyak minum air akan membantu bakteria keluar dari saluran kencing dan mengurangkan risiko jangkitan pundi kencing. 
6. Kulit jadi kusam kerana kurang minum membuat aliran darah kapilari di kulit juga tidak maksimum. 
7. Kurang minum air putih boleh mengganggu fungsi buah pinggang kerananya air penting untuk mencegah batu buah pinggang. Dengan cukup air maka komponen pembentuk batu ginjal menjadi lebih mudah luruh bersama buang air kecil. 
SUMBER: GOOGLE.COM

No comments:

Post a Comment

THANK U DEAR

 

Terima Kasih Semua