say welcome

WELCOME TO MY WORLD

Monday, 10 December 2012

AWAS 7 SEBAB SESEORANG BOLEH PENGSAN!!!

Pengsan (sinkop) adalah kehilangan kesedaran secara tiba-tiba, biasanya hanya beberapa saat atau minit, kerana otak anda tidak mendapat cukup oksigen. Otak mempunyai beberapa bahagian, termasuk dua bahagian otak, otak kecil, dan batang otak. Otak memerlukan aliran darah untuk membekalkan oksigen dan glukosa ke sel-selnya. Agar tubuh tetap sedar, sebuah kawasan yang dikenali sebagai sistem pengaktif retikuler yang terletak di batang otak harus hidup, dan sekurang-kurangnya satu bahagian otak harus berfungsi. Pengsan terjadi apabila sistem pengaktif retikuler atau kedua-dua bahagian otak kekurangan darah, oksigen, atau glukosa. 
1. Reaksi saraf vagus Pingsan kebanyakan dipicu oleh saraf vagus yang menghubungkan sistem pencernaan ke otak dan berperanan menguruskan aliran darah ke otak dan usus. Overstimulasi saraf vagus melambatkan denyut jantung dan menurunkan tekanan darah sehingga mengurangi pengambilan darah ke otak yang menyebabkan pengsan. Stres berat, ketakutan, kecemasan, panik, dan rasa sakit yang kuat boleh merangsang saraf vagus. 
2. Perubahan tekanan darah Perubahan tekanan darah boleh menyebabkan anda pengsan. Kadang-kadang, jantung dan pembuluh darah tidak bertindak cukup pantas ketika keperluan oksigen tubuh anda berubah. Hal ini sangat umum pada orang tua dan pada orang yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu, seperti diabetes. Pengsan boleh terjadi apabila anda berdiri terlalu lama atau bekerja lebih keras dari kemampuan. 
3. Anemia Anemia (kekurangan jumlah sel darah merah) boleh menyebabkan pengsan kerana tidak cukup sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke otak. Anemia boleh disebabkan oleh kurangnya asupan zat besi, penyakit atau pendarahan (misalnya, haid berlebihan). 
4. Dehidrasi Kekurangan cecair dalam tubuh (dehidrasi) juga boleh menyebabkan pengsan. Dehidrasi boleh disebabkan oleh muntah, diare, demam, berpeluh, luka bakar atau kurang minum. Beberapa penyakit seperti kencing manis juga boleh menyebabkan dehidrasi kerana terlalu sering buang air kecil. Muntah dan diare, khususnya, juga merangsang saraf vagus sehingga memberi kesan ganda. 
5. Syok Syok adalah keadaan yang ditandai oleh tekanan darah rendah yang kemudian boleh menyebabkan kehilangan kesedaran. Syok adalah keadaan kecemasan berbahaya yang biasanya berasal dari pendarahan, tetapi juga boleh berasal dari alergi parah (anafilaksis) atau jangkitan teruk. Korban syok biasanya kelihatan bingung, sebelum kehilangan kesedaran apabila keadaannya semakin buruk. 
6. Ubat Ubat-ubatan yang dimaksudkan untuk mengendalikan tindakan tekanan darah tinggi boleh terlalu banyak menurunkan tekanan darah sehingga menyebabkan pengsan. Alkohol, kokain dan ganja juga boleh menyebabkan pengsan. Berbicaralah dengan doktor jika anda berfikir pengsan anda mungkin berkaitan dengan ubat yang anda pakai. 
7. Hipoglikemi Kekurangan gula darah (hipoglikemi) boleh membuat anda pengsan. Hipoglikemi tidak hanya disebabkan oleh diabetes, tetapi juga kerana anda tidak makan untuk masa yang lama. 
Tips: Apa yang perlu dilakukan apabila anda merasa akan pengsan? 
Sebelum pengsan, anda biasanya berasa pening, pusing, bilik seperti berputar, mual dan berpeluh sejuk. Anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur atau pendengaran berdesing. Jika anda merasa seperti akan pengsan, berbaringlah. Jika anda tidak dapat berbaring, duduk dan berjongkoklah dengan meletakkan kepala anda di antara lutut anda. Hal ini membantu mengalirkan darah ke otak anda. Tunggulah sampai anda merasa lebih baik sebelum cuba berdiri. Ketika anda berdiri, lakukanlah perlahan-lahan.
SUMBER:GOOGLE.COM

No comments:

Post a Comment

THANK U DEAR

 

Terima Kasih Semua