say welcome

WELCOME TO MY WORLD

Saturday, 8 December 2012

ALAHAI 10 STRATEGI SYAITAN MEMBUKA AURAT WANITA

1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.
2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, "Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung." Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, "Tidak mengapa kan..?"
3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, "Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja." Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.
4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, "Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang." Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, "Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa." Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.
6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi, "Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan." Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.
7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, "Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja." Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, "Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?" Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, "Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman." Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.
9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, "Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan." Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.
10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, "Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu." Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi. 

RAHSIA TENTANG CARA WANITA BERJALAN..

Setiap orang mempunyai cara berjalan yang berbeza...Oleh itu,saya ingin berkongsi rahsia mengenai cara wanita berjalan..ahaa.. jangan main2.. setiap perilaku kita melambangkan peribadi kita....Walaubagaimanapun, korang kene la ingat sentiasa, ini sekadar panduan ye, bukan ramalan, atau wajib yeee itu dia perangai minah XXX tu.. Segala2nya ketentuan Allah s.w.t.. sekadar panduan dari Nya.. Wallahualam...
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. 
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. 
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. 
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. 
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. 
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

7 BARANG ANEH YANG PERNAH TERTINGGAL DI HOTEL..


Duk search dalam internet cerita lawak gila dalam internet....Yelah, nak hilangkan tension dalam kepala ni...Tup- tup terjumpa pulak citer nie... Hurm... memang tak logikkan... Tapi bila difikirkan balik, ada betul juga... Yelah... Tergopoh-gopoh keluar hotel tanpa check balik bilik 2 mesti tertinggal barang punya...hehehe... SELAMAT MEMBACA....
1. Wang USD 6,000
Meninggalkan tip untuk perkhidmatan bilik memang terpuji, tetapi kalau meninggalkan USD 6,000? Ini seperti ketinggalan namanya. Namun, wang sebanyak ini pernah tertinggal dalam beg di Miami International Airport Hotel. Akhirnya wang ini pun disumbangkan oleh pemilik hotel.
2. kaki palsu
Kasut atau sarung kaki adalah hal yang wajar ditinggalkan, tetapi bagaimana kalau kaki palsu? Kes seperti ini pernah terjadi di Fairmont Queen Elizabeth Hotel, Quebec.
3. ikan yu
Jika kalian melihat harimau di bilik tidur, kamu pasti yakin sedang bermimpi. Namun ketika seorang pelayan hotel The Tivoli Marina Vilamoura di Algarve menemui yu di bilik mandi hotel, dia bukannya bermimpi. ikan yu ini sedang berenang dengan lemah kerana memerlukan air laut. Akhirnya yu ini dikembalikan ke habitatnya.
4. ganja
Tak ada yang tahu kenapa seseorang meninggalkan ganja di bilik hotelnya. Ini pernah terjadi di Opus Hotel Vancouver, British Columbia. Menurut General Manager Hotel, Nicholas Gandossi, mungkin tetamu mereka berharap untuk menyimpannya di perjalanan seterusnya.

5. kuda
Secara teknikal, kuda ini tidak ditinggalkan di bilik hotel, melainkan di tempat letak kereta hotel Driotwich, Inggeris. Menghairankan, bagaimana pemiliknya boleh lupa mengambil haiwan sebesar itu di tempat letak kereta.
6. gigi
Kecuali anda adalah pemilik gigi, tentu anda tak berharap mencari gigi di bilik hotel. Ini pernah terjadi di Eurostars Grand Marina GL di Barcelona, Sepanyol. Pemiliknya akhirnya menelefon hotel dan bertanya sama ada pihak hotel akan menghantar gigi itu kembali padanya di Britain.
7. belon domba
Mungkin tetamu hotel ini memerlukan domba, walaupun hanya mainan, untuk membantunya tidur. Asalkan domba mainan itu tak terus ditinggalkan sebelum keluar dari hotel, seperti yang pernah terjadi di Travelodge s Edinburgh.




Tuesday, 4 December 2012

DALAM KENANGAN P RAMLEE

P. Ramlee:-
Dilahirkan:             -Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
                                     -Mac 22, 1929
                                     -Pulau Pinang, Malaysia
Meninggal dunia: -Mei 29, 1973 (berusia 44 tahun)
                                     -Jalan Dedap, Taman P. Ramlee 
                                     -(dahulunya Taman Furlong) 
                                     -Setapak, Kuala Lumpur
Pasangan (s):       
 -Junaidah Daeng Harris (1950-1954, meninggal dunia 1998)
 -Noorizan Mohd. Noor (1955-1961, meninggal dunia 1992)
 -Saloma (meninggal dunia 1983)
Tan Sri Datuk Amar Dr P. Ramlee, (22 MAC, 1929 - 29 Mei, 1973) adalah seorang pelakon filem Malaysia, pengarah, penyanyi, penulis lagu, komposer, dan pengeluar. Disebabkan sumbangan beliau kepada industri filem dan muzik dan karya sastera beliau, beliau sering dianggap ikon hiburan Melayu di Malaysia, Singapura, dan Sumatera (terutamanya di Aceh kerana keturunannya).
P. Ramlee dilahirkan pada hari pertama perayaan Eid, yang jatuh pada 22 Mac 1929. Bapanya, Teuku Nyak Puteh, adalah seorang kelasi dari Aceh, yang kemudiannya berkahwin dengan Che Mah Hussain.
Beliau telah menghadiri Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu Kampung Jawa (Kampung Jawa Sekolah Melayu) dan Sekolah Francis Light sekolah rendah. Seterusnya beliau pergi ke Pulau Pinang yang terkenal iaitu Sekolah sekolah menengah Percuma sehingga Perang Dunia kedua tercetus. Pada tahun-tahun pendudukan Jepun di Malaysia, beliau meneruskan pengajian di Akademi Tentera Laut Jepun. Apabila perang berakhir, beliau menyambung pengajian di Sekolah Penang Free, dan sangat aktif dalam sukan.
Pada tahun 1947, beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan lagu yang dianjurkan oleh Radio Pulau Pinang. Tujuh tahun selepas kerjaya beliau bertindak bermula, P. Ramlee mengarahkan filem pertama beliau, Penarek Becha. Pada tahun 1957, beliau muncul dalam pertama Bujang Lapok filem komedi beliau, di mana beliau bertindak bersama-sama dengan Aziz Sattar dan S. Shamsuddin, dan masih popular di kalangan pemerhati filem Melayu moden. Sepanjang kerjayanya dia diarahkan dan bertindak dalam 66 filem, dan mempunyai lebih daripada 360 lagu untuk kredit beliau. 
Beliau kembali kekal ke Kuala Lumpur selepas tahun dengan Shaw Brothers di Singapura. Filem terakhir beliau ialah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1973. Dalam lagu terakhir beliau, "Air Mata di Kuala Lumpur" (Air mata di Kuala Lumpur), juga pada tahun 1973, lirik menggambarkan perasaan dihancurkan beliau daripada siri kekecewaan dan halangan apabila kembali ke Malaysia selepas tahun dalam anak Bidin Singapura. 
P. Ramlee telah berkahwin tiga kali. Perkahwinan pertama beliau, Junaidah pada tahun 1950, berakhir dalam perceraian empat tahun kemudian. Perkahwinan kedua beliau, pada tahun 1955 untuk Noorizan Mohd. Noor Menonolq, ahli farmily Diraja Negeri Perak, berakhir dengan perceraian pada tahun 1961. Perkahwinan beliau yang terakhir ialah pada bulan November 1961, Salmah Ismail, seorang penyanyi yang sangat terkenal yang dikenali sebagai Saloma.
Pada 27 Mei 1973, P. Ramlee meninggal dunia pada usia 44 akibat serangan jantung dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1986, 13 tahun selepas kematiannya, sebagai penghormatan terhadap sumbangan beliau kepada industri hiburan Malaysia, P. Ramlee Memorial atau Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dibina di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur. Pada tahun 1982, Jalan jalan Parry, di tengah-tengah Kuala Lumpur, telah ditukar nama kepada Jalan P. Ramlee dalam menghormati beliau. Pada tahun 1990, beliau telah selepas kematian dianugerahkan gelaran Malaysia honorifik Tan Sri, dan kemudian pada tahun 2009, tajuk honorifik "Datuk Amar" oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, seorang peminat gemar P. Ramlee, menyampaikan anugerah itu kepada anak angkatnya, Dian P. Ramlee, dalam satu majlis yang menghormati artis veteran di Kuching. 
Pada 31 Oktober, 2010, satu dokumentari 90 minit pada hidupnya telah disiarkan di History Channel Asia. Semasa dokumentari, ia telah mendedahkan bahawa kematian P. Ramlee adalah satu kejutan kepada negara, dan rasa bersalah kolektif bermula merebak di seluruh negara, sebelum kematiannya dia telah diragui dan ditolak oleh negara sendiri, menyatakan bahawa dia adalah seorang "telah" dan bahawa lagu-lagu dan filem beliau tidak lagi dipasarkan. Dokumentari itu juga mendedahkan bahawa walaupun kejayaan beliau sebelum ini dalam industri hiburan, P. Ramlee meninggal dunia seorang lelaki yang kempis, setelah diberikan terakhir wangnya kepada pengunjung ke rumah dia disifatkan memerlukan wang lebih daripada dia.
The P. Ramlee House adalah sebuah muzium yang terletak di sepanjang Jalan P. Ramlee (dahulunya Caunter Hall road) di Pulau Pinang, Malaysia. Bangunan itu adalah sebuah rumah dipulihkan kayu yang pada asalnya dibina pada tahun 1926 oleh bapa dan bapa saudaranya. Rumah sebelum ini telah menjalani pembaikan berganda sebelum diambil alih oleh Arkib Negara sebagai lanjutan projek P. Ramlee Memorial di Kuala Lumpur. Item pada paparan di rumah termasuk memorabilia peribadi yang berkaitan dengan hidupnya di Pulau Pinang, dan barang-barang kepunyaan keluarganya.

Filem yang memenangi anugerah  adalah:
Anakku Sazali (My Son Sazali): Pelakon Lelaki Terbaik, 4 Festival Filem      Asia (Tokyo, 1957)
Hang Tuah (Legend of Hang Tuah): Skor Muzik Terbaik, 3rd Asian Film Festival (Hong Kong 1956) dan pemeriksaan Rasmi di 7 Berlin Festival Filem Antarabangsa pada tahun 1957. Hanya P. Ramlee filem untuk difilemkan dalam warna.
Ibu Mertuaku (My Ibu-dalam Undang-undang): Bakat yang Serba Guna, 10 Festival Filem Asia (Tokyo, 1963)
Madu Tiga (Three Wives): Komedi Terbaik, Festival Filem Asia ke-11 (Taipei, 1964)
Nujum Pak Belalang (Pak Belalang Fortune Teller): Komedi Terbaik, 7 Festival Filem Asia (Tokyo, 1960)
Pendekar Bujang Lapok (Tiga Pahlawan Sarjana Muda): Komedi Terbaik, 6 Festival Filem Asia (Kuala Lumpur, 1959)
Sumpah Orang Minyak (laknat Man berminyak): Best Fotografi Hitam dan Putih, 5 Festival Filem Asia (Manila, 1958)

Anugerah lain hononary beliau adalah:
Ahli Mangku Negara (AMN), yang diberikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 3 Julai 1962.
Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran anumerta "Tan Sri" oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada tahun 1990.
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang (anumerta)"(DA (P)), membawa gelaran "Datuk Amar" oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 2009.
Doktor Hononary dalam Seni Prestasi, 2005
SUMBER: WIKIPEDIA
GOOGLE IMAGE

Monday, 3 December 2012

ANAK TERPAKSA TANGGUNG DOSA AYAH


DENGARLAH NUKILAN ANAK YANG TIDAK BERDOSA...
“SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi, tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorang Islam, saya terima takdir saya.

Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh... penjahat?

Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat, tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu.

Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey.

Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya.

Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya, mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan.

Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan, tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi.

Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey.

Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan. Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya.

Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalah daya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.

Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada Metro Ahad. Saya bukan ingin mencari publisiti. Malah, saya bersedia menghadapi ‘serangan’ keluarga kerana yakin saudara-mara yang membaca kisah ini akan marahkan saya.

Bagaimanapun, saya cuma mahu keadilan. Saya mahu masyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidak terus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri.

Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini. Bayangkan kerana wajah saya mirip ayah, saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yang saya anak Mohd Affandi.

Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa nama ayah, tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah (Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalam kandungan.

Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga saya berusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya dan memberitahu yang ayah saya masih hidup. Ketika itu pun saya hanya melihat wajah arwah di televisyen kerana didakwa atas tuduhan membunuh.

Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah, saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa Mohd Affandi itu ayah saya. Biasalah sebagai kanak-kanak, kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya.

Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang paling saya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dan sindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya.

Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar dan terima ialah “engkau nak jadi macam bapa engkau. Bapa engkau pembunuh.” Kata-kata itu menyebabkan saya menjadi ‘panas hati’ dan selalu bergaduh.

Sebab itu saya belajar taekawondo ketika berusia 12 tahun. Saya menjadikan gelanggang taekwondo sebagai tempat melepaskan geram dan perasaan marah hingga memperoleh tali pinggang hitam.

Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di Penjara Kajang ketika berusia 16 tahun. Bukan seperti kanak-kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih sayang ayah mereka, bayangkan saya berjumpa ayah kandung buat kali pertama di penjara.

Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan dengan waris dan mengangkat telefon, ayah memanggil nama saya. Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah berjumpa, ayah mengenali saya.

Pada pertemuan itu, ayah hanya bertanya khabar dan perkembangan saya. Pesanan ayah saya ingat hingga ke hari ini iaitu supaya jangan setakat belajar taekwondo, belajar juga silat.

Selepas itu, saya sering mengutus surat kepada ayah dan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerima berita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2 November 2001). Sebenarnya keluarga saya mengetahui tarikh hukuman itu seminggu lebih awal, tetapi merahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya pada hari terakhir.

Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001. Seingat saya, kami bertolak menaiki empat kenderaan. Sejurus tiba pada hari sama, ayah mahu berjumpa saya bersendirian manakala yang lain tidak dibenarkan masuk.

Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah. Itu kali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kami dipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbual menerusi telefon.

Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerima takdirnya.

Saya difahamkan oleh petugas penjara, ayah berpuasa selama tiga tahun secara berterusan sehingga hari kematiannya.

Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf di atas apa yang berlaku. Saya tidak berhak memberi pandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah SWT.

Yang pasti, ayah sudah menerima balasannya. Yang menghairankan ialah, mengapa masyarakat masih menghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenai kejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku.

Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat Mohd Affandi). Abang saya berusia 27 tahun adalah anak hasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan saya, Mazdiana, kini 18 tahun, adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona.

Setiap kami mempunyai pengalaman sedih. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak ayah, saya seorang yang berjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari pengebumian ayah.

Sejak itu hidup saya berubah. Saya tidak tahu bila derita saya akan berakhir, tetapi saya tidak berhenti berdoa.
Kepada masyarakat yang membaca kisah saya, saya hanya berharap mereka faham, saya juga ciptaan Allah yang ingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan. 
-
T____________________T
sedih giler cerita nie... kecian betul dia.. seperti anak luar nikah pula… kenapa manusia sering bersikap begitu terhadap orang lemah….??kenapa pulak nak salahkan dia anak yg tak berdosa….. well....hmmmm...... diharap orang yang sering menghina dan memandang serong  suatu ketika dahulu akan mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya…AMIN..baik buruk seseorang itu HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI…sesungguhnya kita sebagai manusia hanyalah insan yang lemah…by the way,semoga  success dalam hidup… Teringat pulak lagu lame 2, tapi tak ingat tajuk apa..
TIDAK KUPINTA LAHIR KE DUNIA, TIDAK KU DUGA CACAT BEGINI,
BUKAN KUPINTA KASIH DAN MANJA, BUKAN KU RAYU BANTU SIMPATI..
MAAFKAN WAHAI TEMAN,KU MENUMPANG DISUDUT DUNIA,
MENCARI KETENANGAN, SAMPAI MASA KU PERGI JUA.... HEEHEHE... 
melebih lah pula..hahaha..
ps: jangan suka menghina orang, kerna tiada yang lebih sempurna melainkan Allah S.W.t..
+____________= 
SUMBER:GOOGLE.COM



Sunday, 2 December 2012

KANAK-KANAK RIBENA

CERITA 1:KUCING YANG MALANG
Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....
Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?
Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...

CERITA 2: T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. 
Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….


CERITA 3:HARGA SEBENTUK CINCIN
Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".

CERITA 4:KEDAI PAKAIAN LELAKI
Seorang pengurus pusat membeli belah memiliki tiga ruang untuk disewakan, semuanya bersebelahan.

Seorang calon penyewa muncul dan mengatakan ingin menyewa ruang paling kiri untuk kedai pakaian lelaki.

"Itu bagus", kata pengurus tersebut. "Anda akan diberikan papan perniagaan percuma, apa yang ingin anda tulis pada papan perniagaan tersebut?" "Pakaian Lelaki", kata lelaki tersebut.

Kemudian datang seorang lelaki yang lain yang berhajat untuk menyewa ruang kedai yang paling kanan. Ketika ditanya lelaki tersebut mengatakan ia ingin "Pakaian Lelaki" pada papan perniagaannya. Pengurus mengatakan kepadanya bahawa kedai yang sebelah kiri akan memiliki papan perniagaan yang sama. "Tidak masalah", kata lelaki tersebut.

Akhirnya orang ketiga datang untuk menyewa ruang tengah. Pengurus agak gusar kerana orang ini juga memilki kedai pakaian lelaki. Dengan hati-hati pengurus meminta orang ketiga apa yang dia inginkan untuk ditulis pada papan perniagaannya. Orang itu menjawab "Pintu Masuk".

CERITA 5:CERITA PUM MALAS
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”
Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”
Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”
Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

CERITA 6:KALAU SATU MAMPU,KALAU LEBIH SATU...
Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

Kawan yang peitama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.

Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.

Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu

“Hang jangan dok syok sendiri la, bro! Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja mencabar.

Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.

Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak ‘menangkap' apa yang mahu disampaikan.

Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.

Maka, dia pun bérkata: “Orang lelaki, kaiau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!"

“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga.

Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup."

Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.

Namun dia tidak sedan isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.

“Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?"

Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “Kalau singular, tak ada ‘s'. Kalau plural, ada ‘s'."

"Ok, pandai pun abang ingatkan dah lupa."

Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu.

Berkata pula si isteri: “Sekarang abang ada berapa isteri?"

“Satu!"

“Abang mampu atau tidak?"

“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”

“Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?"

"Ye, abang mampu!"

"Ok, sekarang isteri abang ada berapa?" tanya isterinya lagi.

“Tanya lagi... satulah," jawab si suami.

“Ok, satu, mampu tidak ada ‘s' kan? Kalau lebih daripada satu?"

"Alamak! MAMPUS!"

    SUMBER:CERITA LUCU


Saturday, 1 December 2012

KISAH BERUK TUNGGAL..


Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu.

Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur. Kerjanya bertani.

Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan.

“Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku,” kata Raja Tikus.

“Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?” Tanya Beruk Tunggal.

“Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus.

“Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.

“Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya.

Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana.

Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal.

Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak.

“Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,” kata putera Raja Kayangan.

Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.

Pengajaran :
1. Jangan mencuri hak orang lain.
2. Jangan memandang hina kepada orang miskin.
sumber:Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia

Cerita Rakyat : Kisah Seorang Pembohong dan Tragedi Air Bah


Pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah perkampungan masyarakat Dusun di sebuah kampung. Di dalam kampung tersebut ada seorang lelaki yang sangat suka membohong. Di mana sahaja dia berada, dia sentiasa akan menipu orang sekelilingnya sehinggalah tiada seorang pun yang percaya kepadanya. Keadaan ini menyebabkan si pembohong tersebut digelar sebagai 'Logudut' dalam bahasa Dusun dan iada seoarangpun yang ingin menjadi sahabatnya.

Pada suatu hari, penduduk kampung tersebut telah mendapat hasil buruan seekor monyet. Penduduk kampung tersebut telah berkumpul beramai-ramai untuk meraikan jamuan makan malam tersebut. Walaubagaimanapun si Logudut tidak dijemput ke jamuan tersebut. 

Sebelum jamuan tersebut diadakan mereka telah mempermain-mainkan monyet tersebut dengan memakaikan monyet tersebut pakaian pengantin wanita serta mengambil kucing peliharaan mereka sebagai pasangan kepada monyet tersebut. Kemudian, mereka bersorak- sorai sambil membuat satu pusingan seolah-olah mengadakan satu upacara perkahwinan antara kucing peliharaan mereka dengan monyet tersebut. 

Setelah mereka penat berbuat demikian, mereka akhirnya menyembelih monyet tersebut sebagai hidangan makanan jamuan pada malam tersebut. Si Pembohong yang melihat kejadian tersebut berasa sangat terkejut kerana perbuatan itu merupakan satu perlakuan yang dilarang dalam adat tradisi masyarakat Kadazandusun iaitu memperlakuan perbuatan yang tidak baik terhadap binatang buruan serta haiwan peliharaan mereka.

Setelah menjelang malam, mereka yang terlibat untuk upacara 'jamuan perkahwinan' tersebut telahpun mabuk. Awan mula menutup kawasan tersebut serta hujan mula turun rintik-rintik. Namun, tiada seorangpun yang tahu akan perkara di luar tersebut. Air di sungai mula melimpah dan membanjiri kawasan perkampungan tersebut.

Si Logudut agak panik dengan keadaan tersebut kerana tidak ada seorangpun yang sedar akan perkara tersebut. Penduduk kampungnya masih sibuk bersuka ria sambil meminum minuman tradisi mereka. Apabila air mula menghanyutkan beberapa buah rumah, si Logudut telah pergi ke tempat masyarakat kampungnya itu untuk memaklumkan bahawa ada satu perkara yang tidak baik berlaku.

Namun, tidak ada seorang pun masyarakat kampungnya percaya dengan kata-kata si Logudut. Walaupun si Logudut berusaha untuk menerangkan kejadian sebenar namun mereka tetap mengatakan si Logudut hanya menipu mereka dan merosakkan majlis tersebut. Mereka turut menghalau si Logudut dari rumah tersebut dan mengunci rumah mereka agar si Logudut tidak menganggunya lagi.

Walaubagaimanapun, si Logudut hanya mampu membawa keluar seorang nenek yang juga merupakan seorang bomoh (bobolian) untuk melihat perkara yang sebenar. 

Nenek tersebut sangat terkejut dengan kejadian tersebut kerana kawasan rumah mereka hampir ditenggelami air.

Nenek tersebut terus menceritakan hal sebenar kepada masyarakat tersebut namun masyarakat mapungnya seakan-akan berada dalam khayalan kerana masih dipengaruhi minuman arak tersebut. 

Namun demikian, terdapat juga beberapa masyarakat di situ yang percaya dan keluar melihat kejadian sebenar. Namun, yang peliknya, air tersebut sebenarnya telahpun hampir menenggalami rumah tersebut iaitu tempat mereka mengadakan jamuan tersebut tetapi air tersebut tidak masuk ke dalam rumah mereka. Keadaan di dalam rumah masih stabil seperti biasa.

Mereka yang melihat kejadian terbut berusaha untuk menyelamatkan diri. Setelah banyak antara mereka yang sedar akan banjir besar tersebut, air tersebut akhirnya memecah masuk ke dalam rumah itu. Mereka akhirnya sedar dan percaya dengan kata-kata Si Logudut tersebut. Namun, keadaan yang tidak terkawal menyebabkan mereka tidak mampu diselamatkan lagi. Rumah tersebut ditenggelami air dan si Logudut bersama-sama dengan masyarakat yang terselamat hanya mampu melihat rumah itu ditenggalami air.

Pada keesokan paginya, air di kampung itu telah surut namun, kawasan rumah yang dijadikan tempat meraikan perjamuan tersebut telah membentuk satu aliran sungai yang besar. 

Penduduk kampung cuba mencari mayat-mayat penduduk kampung yang lain namun yang lebih mengejutkan terlalu banyak buaya di dalam sungai tersebut. Nenek tersebut akhirnya melakukan upacara mencari penduduk kampung dan didapati bahawa Tuhan mereka sangat kesal dengan perbuatan penduduk kampung yang cuba mempermain-mainkan binatang peliharaan tersebut dan menjadikan mereka sebagai buaya.

Sehingga kini, masyarakat Kadazandusun adalah dilarang untuk mempermain-mainkan apa saja makhluk hidup di dunia ini.

Sumber : Cerita turun temurun

Khasiat cili padi dan pokoknya

Siapa tidak kenal dengan cili padi. Baik dari negara kita Malaysia mahupun seluruh Asia memang akan menggunakan cili padi untuk masakan yang lebih sedap dan meletop.Biarpun rasanya sangat pedas dan boleh membuatkan lidah kita seakan2 mahu terbakar sampai ke telinga, namun cili padi sentiasa menjadi permintaan dalam masakan. Tetapi tahukah kita bahawa CILI PADI + pokoknya mempunyai banyak khasiat untuk dijadikan dalam perubatan traditional? 
Info tentang kehebatan pokok CILI PADI + BUAHNYA:
  • Dapat menyembuhkan bisul dan luka = Daun cili dikisar untuk disapukan pada bisul dan luka 
  • Dapat mengurangkan sengal2 otot + bengkak2 = Layurkan daun untuk ditampalkan pada sendi + otot dan bahagian badan yang bengkak
  • Dapat merawat ulser mulut = Sebiji cili padi direbus dengan 2 cawan air hingga tinggal secawan kemudian air tersebut dibuat kumur. Ulangi setiap hari hingga sembuh. 
  • Dapat mengawal tekanan darah tinggi + ciri birit = Akar pokok cili direbus untuk diminum bagi melegakan cirit birit + mengawal tekanan darah tinggi
Nota
Cili memang pilihan terbaik dalam masakan2 yang pedas2 + sangat2 berguna untuk mereka yang yang sentiasa silap makan hingga terkena cirit birit. Namun jangan sampai terlebih makan cili padi kerana ia juga mengundang kepada penyakit buasir.
P.S: 
Kalau makan tiada cili padi atau tiada rasa pedas dalam masakan seolah2 hilang seri pada masakan + wajah. Tak percaya? Cuba lihat muka kita selepas tergigit cili? Merah? Pink? har3... Itulah seri namanya. Tak perlu pakai blusher. Pssssttt.. Aku suka tergigit cili tau. Rasanya macam ada satu kuasa tiba2 datang dalam diri.. Ok guys..




THANK U DEAR

 

Terima Kasih Semua