Sedar tidak
sedar telah tiba kembali Ramadhan Al-Mubarakh. Binalah bergunung-gunung
azam kerana ia tidak merugikan. Dan cadangkanlah ruang dan peluang untuk diri
sendiri bersama-sama Allah, kerana ianya melazatkan. Bulan yang penuh
keberkatan. Bulan yang penuh pengampunan. Bulan yang merantai dan membelengu
iblis. Tetapi membebas dan melepaskan umat manusia dari azab dan seksa.
Oleh itu, marilah
kita bersama-sama memakmurkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat dan
murahkanlah hati untuk memberi kepada yang lain. Serta sambunglah ikatan
silaturahim yang renggang dan terputus itu.
Bukan bermakna Ramadhan ialah bulan mengerjakan kebaikan, dan bulan-bulan lain itu bulan mengerjakan kemaksiatan. Tetapi Ramadhan adalah bulan yang mana penambahan amal kebaikan itu sangat menguntungkan. Malah keuntungannya berlipat kali ganda melebihi kepatutan.

Ramadhan
ini juga ibarat medan bursa saham. Yang mana saham yang dijual didalamnya telah
dijamin keuntungan yang berganda-ganda. Teragak-agak lagikah kita untuk melipat
gandakan perlaburan kita didalam bursa saham yang telah dijamin ini. Dan yang
menjaminnya adalah Allah sendiri.
Dan sesungguhnya Ramadhan itu adalah bulan untuk melatih diri menjadi lebih cermat didalam setiap perbuatan. Bulan yang menahan lidah dari perkataan yang sia-sia dan merosakkan. Bulan yang memelihara mata dari pemandangan yang jelek dan menjijikkan. Bulan yang menahan telinga dari halwa yang menghayalkan. Dan bulan yang menahan hati dari niat yang serong. Peliharalah jasmani dan rohani kita. Kerana itu adalah sebaik-baik pelaburan di bulan ini.

No comments:
Post a Comment