say welcome

WELCOME TO MY WORLD

Sunday, 2 December 2012

KANAK-KANAK RIBENA

CERITA 1:KUCING YANG MALANG
Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....
Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?
Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...

CERITA 2: T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. 
Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….


CERITA 3:HARGA SEBENTUK CINCIN
Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".

CERITA 4:KEDAI PAKAIAN LELAKI
Seorang pengurus pusat membeli belah memiliki tiga ruang untuk disewakan, semuanya bersebelahan.

Seorang calon penyewa muncul dan mengatakan ingin menyewa ruang paling kiri untuk kedai pakaian lelaki.

"Itu bagus", kata pengurus tersebut. "Anda akan diberikan papan perniagaan percuma, apa yang ingin anda tulis pada papan perniagaan tersebut?" "Pakaian Lelaki", kata lelaki tersebut.

Kemudian datang seorang lelaki yang lain yang berhajat untuk menyewa ruang kedai yang paling kanan. Ketika ditanya lelaki tersebut mengatakan ia ingin "Pakaian Lelaki" pada papan perniagaannya. Pengurus mengatakan kepadanya bahawa kedai yang sebelah kiri akan memiliki papan perniagaan yang sama. "Tidak masalah", kata lelaki tersebut.

Akhirnya orang ketiga datang untuk menyewa ruang tengah. Pengurus agak gusar kerana orang ini juga memilki kedai pakaian lelaki. Dengan hati-hati pengurus meminta orang ketiga apa yang dia inginkan untuk ditulis pada papan perniagaannya. Orang itu menjawab "Pintu Masuk".

CERITA 5:CERITA PUM MALAS
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”
Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”
Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”
Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

CERITA 6:KALAU SATU MAMPU,KALAU LEBIH SATU...
Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

Kawan yang peitama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.

Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.

Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu

“Hang jangan dok syok sendiri la, bro! Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja mencabar.

Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.

Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak ‘menangkap' apa yang mahu disampaikan.

Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.

Maka, dia pun bérkata: “Orang lelaki, kaiau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!"

“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga.

Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup."

Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.

Namun dia tidak sedan isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.

“Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?"

Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “Kalau singular, tak ada ‘s'. Kalau plural, ada ‘s'."

"Ok, pandai pun abang ingatkan dah lupa."

Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu.

Berkata pula si isteri: “Sekarang abang ada berapa isteri?"

“Satu!"

“Abang mampu atau tidak?"

“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”

“Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?"

"Ye, abang mampu!"

"Ok, sekarang isteri abang ada berapa?" tanya isterinya lagi.

“Tanya lagi... satulah," jawab si suami.

“Ok, satu, mampu tidak ada ‘s' kan? Kalau lebih daripada satu?"

"Alamak! MAMPUS!"

    SUMBER:CERITA LUCU


Saturday, 1 December 2012

KISAH BERUK TUNGGAL..


Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu.

Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur. Kerjanya bertani.

Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan.

“Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku,” kata Raja Tikus.

“Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?” Tanya Beruk Tunggal.

“Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus.

“Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.

“Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya.

Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana.

Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal.

Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak.

“Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,” kata putera Raja Kayangan.

Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.

Pengajaran :
1. Jangan mencuri hak orang lain.
2. Jangan memandang hina kepada orang miskin.
sumber:Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia

Cerita Rakyat : Kisah Seorang Pembohong dan Tragedi Air Bah


Pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah perkampungan masyarakat Dusun di sebuah kampung. Di dalam kampung tersebut ada seorang lelaki yang sangat suka membohong. Di mana sahaja dia berada, dia sentiasa akan menipu orang sekelilingnya sehinggalah tiada seorang pun yang percaya kepadanya. Keadaan ini menyebabkan si pembohong tersebut digelar sebagai 'Logudut' dalam bahasa Dusun dan iada seoarangpun yang ingin menjadi sahabatnya.

Pada suatu hari, penduduk kampung tersebut telah mendapat hasil buruan seekor monyet. Penduduk kampung tersebut telah berkumpul beramai-ramai untuk meraikan jamuan makan malam tersebut. Walaubagaimanapun si Logudut tidak dijemput ke jamuan tersebut. 

Sebelum jamuan tersebut diadakan mereka telah mempermain-mainkan monyet tersebut dengan memakaikan monyet tersebut pakaian pengantin wanita serta mengambil kucing peliharaan mereka sebagai pasangan kepada monyet tersebut. Kemudian, mereka bersorak- sorai sambil membuat satu pusingan seolah-olah mengadakan satu upacara perkahwinan antara kucing peliharaan mereka dengan monyet tersebut. 

Setelah mereka penat berbuat demikian, mereka akhirnya menyembelih monyet tersebut sebagai hidangan makanan jamuan pada malam tersebut. Si Pembohong yang melihat kejadian tersebut berasa sangat terkejut kerana perbuatan itu merupakan satu perlakuan yang dilarang dalam adat tradisi masyarakat Kadazandusun iaitu memperlakuan perbuatan yang tidak baik terhadap binatang buruan serta haiwan peliharaan mereka.

Setelah menjelang malam, mereka yang terlibat untuk upacara 'jamuan perkahwinan' tersebut telahpun mabuk. Awan mula menutup kawasan tersebut serta hujan mula turun rintik-rintik. Namun, tiada seorangpun yang tahu akan perkara di luar tersebut. Air di sungai mula melimpah dan membanjiri kawasan perkampungan tersebut.

Si Logudut agak panik dengan keadaan tersebut kerana tidak ada seorangpun yang sedar akan perkara tersebut. Penduduk kampungnya masih sibuk bersuka ria sambil meminum minuman tradisi mereka. Apabila air mula menghanyutkan beberapa buah rumah, si Logudut telah pergi ke tempat masyarakat kampungnya itu untuk memaklumkan bahawa ada satu perkara yang tidak baik berlaku.

Namun, tidak ada seorang pun masyarakat kampungnya percaya dengan kata-kata si Logudut. Walaupun si Logudut berusaha untuk menerangkan kejadian sebenar namun mereka tetap mengatakan si Logudut hanya menipu mereka dan merosakkan majlis tersebut. Mereka turut menghalau si Logudut dari rumah tersebut dan mengunci rumah mereka agar si Logudut tidak menganggunya lagi.

Walaubagaimanapun, si Logudut hanya mampu membawa keluar seorang nenek yang juga merupakan seorang bomoh (bobolian) untuk melihat perkara yang sebenar. 

Nenek tersebut sangat terkejut dengan kejadian tersebut kerana kawasan rumah mereka hampir ditenggelami air.

Nenek tersebut terus menceritakan hal sebenar kepada masyarakat tersebut namun masyarakat mapungnya seakan-akan berada dalam khayalan kerana masih dipengaruhi minuman arak tersebut. 

Namun demikian, terdapat juga beberapa masyarakat di situ yang percaya dan keluar melihat kejadian sebenar. Namun, yang peliknya, air tersebut sebenarnya telahpun hampir menenggalami rumah tersebut iaitu tempat mereka mengadakan jamuan tersebut tetapi air tersebut tidak masuk ke dalam rumah mereka. Keadaan di dalam rumah masih stabil seperti biasa.

Mereka yang melihat kejadian terbut berusaha untuk menyelamatkan diri. Setelah banyak antara mereka yang sedar akan banjir besar tersebut, air tersebut akhirnya memecah masuk ke dalam rumah itu. Mereka akhirnya sedar dan percaya dengan kata-kata Si Logudut tersebut. Namun, keadaan yang tidak terkawal menyebabkan mereka tidak mampu diselamatkan lagi. Rumah tersebut ditenggelami air dan si Logudut bersama-sama dengan masyarakat yang terselamat hanya mampu melihat rumah itu ditenggalami air.

Pada keesokan paginya, air di kampung itu telah surut namun, kawasan rumah yang dijadikan tempat meraikan perjamuan tersebut telah membentuk satu aliran sungai yang besar. 

Penduduk kampung cuba mencari mayat-mayat penduduk kampung yang lain namun yang lebih mengejutkan terlalu banyak buaya di dalam sungai tersebut. Nenek tersebut akhirnya melakukan upacara mencari penduduk kampung dan didapati bahawa Tuhan mereka sangat kesal dengan perbuatan penduduk kampung yang cuba mempermain-mainkan binatang peliharaan tersebut dan menjadikan mereka sebagai buaya.

Sehingga kini, masyarakat Kadazandusun adalah dilarang untuk mempermain-mainkan apa saja makhluk hidup di dunia ini.

Sumber : Cerita turun temurun

Khasiat cili padi dan pokoknya

Siapa tidak kenal dengan cili padi. Baik dari negara kita Malaysia mahupun seluruh Asia memang akan menggunakan cili padi untuk masakan yang lebih sedap dan meletop.Biarpun rasanya sangat pedas dan boleh membuatkan lidah kita seakan2 mahu terbakar sampai ke telinga, namun cili padi sentiasa menjadi permintaan dalam masakan. Tetapi tahukah kita bahawa CILI PADI + pokoknya mempunyai banyak khasiat untuk dijadikan dalam perubatan traditional? 
Info tentang kehebatan pokok CILI PADI + BUAHNYA:
  • Dapat menyembuhkan bisul dan luka = Daun cili dikisar untuk disapukan pada bisul dan luka 
  • Dapat mengurangkan sengal2 otot + bengkak2 = Layurkan daun untuk ditampalkan pada sendi + otot dan bahagian badan yang bengkak
  • Dapat merawat ulser mulut = Sebiji cili padi direbus dengan 2 cawan air hingga tinggal secawan kemudian air tersebut dibuat kumur. Ulangi setiap hari hingga sembuh. 
  • Dapat mengawal tekanan darah tinggi + ciri birit = Akar pokok cili direbus untuk diminum bagi melegakan cirit birit + mengawal tekanan darah tinggi
Nota
Cili memang pilihan terbaik dalam masakan2 yang pedas2 + sangat2 berguna untuk mereka yang yang sentiasa silap makan hingga terkena cirit birit. Namun jangan sampai terlebih makan cili padi kerana ia juga mengundang kepada penyakit buasir.
P.S: 
Kalau makan tiada cili padi atau tiada rasa pedas dalam masakan seolah2 hilang seri pada masakan + wajah. Tak percaya? Cuba lihat muka kita selepas tergigit cili? Merah? Pink? har3... Itulah seri namanya. Tak perlu pakai blusher. Pssssttt.. Aku suka tergigit cili tau. Rasanya macam ada satu kuasa tiba2 datang dalam diri.. Ok guys..




Tuesday, 27 November 2012

PANDUAN MEWARNAKAN RAMBUT DAN MEMAKAI INAI MENURUT ISLAM

Sejarah mewarnakan rambutinai3
       Permulaan hukum mewarna rambut ini bermula semasa zaman Rasulullah di mana baginda telah meminta Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Siddiq untuk mewarnakan rambut dan janggutnya yang berwarna putih tetapi menjauhi warna hitam.
          Ini bermakna warna hitam tidak boleh digunakan, warna yang sesuai ialah warna inai yang kekuningan. Ini kerana warna hitam akan menyebabkan Abu Quhaafah yang tersangat tua itu akan menjadi muda. Ini wujud penipuan usia dalam Islam.
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. Ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Panduan berhias menurut Islam dari segi mewarnakan rambut dan berinai adalah seperti berikut:
1. Mewarnakan rambut
Mewarnakan rambut dengan inai tidak salah dan dibenarkan Islam sebagaimana fatwa Yusuf Qadrawi : “Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut dan janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang memperjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarnakan rambut dan mengubahnya dengan beranggapan, antaranya berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dalam agama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan”.
2. Warna rambut yang dibenarkan bagi orang tua
Tidak dibenarkan menggunakan warna hitam untuk mewarnakan rambut yang telah beruban. Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Qufahah yang beruban rambutnya “Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam” (HR Muslim).
3. Warna rambut yang dibenarkan bagi orang muda
Orang-orang yang lebih muda dari Abu Qufahah, tidak berdosa mewarnakan rambut dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri berkata “Kami mewarnakan rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah telah berkedut dan gigi telah goyang,kami tinggalkan warna hitam” (Fathul Bari).
4. Bahan untuk pewarna rambut
“Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut yang beruban ialah pokok inai dan katam” (HR Tirmizi & Ashabussunan).
Katam ialah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan.
5. Pewarna komersial
Apa-apa produk boleh digunakan selagi ia bebas dari najis dan tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau ketika mandi hadas.
6. Pemakaian inai
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang pada Oktober 2009 memutuskan pemakaian inai  pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada  sudah berkahwin atau belum selagi tidak menimbulkan fitnah.
Walau bagaimana pun ianya terhad pada pergelangan tangan atau kaki sahaja, dan warnanya tidak boleh yang bersifat kekal seperti tatu atau dari bahan-bahan yang meragukan.
7. Inai ukir
Inai ukir dibenarkan dengan syarat corak-coraknya adalah dari unsur daun dan tumbuh-tumbuhan. Tidak dibenarkan menggunakan corak haiwan, watak dewa dewi atau ajaran dan apa jua lambang yang bertentangan dengan ajaran Islam.
8. Pewarna kuku
Pewarna kuku (cutex) diharamkan kerana ia menghalang air wuduk untuk sampai. Sebaliknya penggunaan daun inai diharuskan sekiranya berniat berhias untuk suami. Lagipun daun inai banyak khasiatnya.

 Penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu :
-  Boleh menyerap air supaya air sembahyang dan mandi wajib sah.
- Tidak mengandungi bahan yang kemudaratan pada kulit ,
-  Bahan tidak bercampur dengan najis.
Nabi SAW bersabda : “Barang siapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibnu Hajar berkata seorang perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad).
Kesimpulan
a) Hadis larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadis yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.



Artikel disunting dari sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
                                                      Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
                                                      Laman Web Halaqah

AZAB SEORANG GADIS YANG TERBAKAR DENGAN TIBA-TIBA

      
   Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bus mini untuk menuju ke tujuan di wilayah Iskandariah.Sayangnya meskipun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak tipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam jarak 20 tahun. Di dalam bus itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:
          "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik dari kamu berpakaian begini yang pasti menjadi korban pandangan liar kaum lelaki ...." Nasihat orang tua itu.
         Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan klaim agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawaban yang mengejek:
         "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah kamu mencoba nak ingatkan aku agar menutup aurat sepenuhnya sedangkan ayah kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?
            Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mau bebas menayangkan tubuh ku di muka umum? Apakah di tangan kamu ada anak kunci Syurga?
       Atau apakah kamu memiliki sejenis kekuasaan yang menentukan aku bakal berada di Syurga atau Neraka? "Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup sampai disitu, si gadis lantas mencoba memberikan telepon genggamnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
          "Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah kamar di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahwa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawaban dari si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
      Semua yang di dalam bus tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum agama itu dan mereka tidak mau menasehatinya karena khawatir dia akan menghinakan agama dengan lebih parah lagi.
Sepuluh menit kemudian bus pun tiba di halte. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bus. Puas supir termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sadarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.
        Gadis itu telah kembali menemukan Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Penonton segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
SUMBER:infounik.blogspot.com

Monday, 26 November 2012

15 JALAN PALING INDAH PERNAH DILIHAT DIDUNIA

hehee.. best juga kalau boleh melancong kat tempat macam ni... menikmati keindahan Alam  flora... bayangkan, kalau suatu hari nanti dibuat pertandingan Lumba Lari ke jogging di tempat macam ni... memang mencabar sungguh...hehehe.. bolehlah mencuba untuk aktiviti berjogging juga...
15.THE OVERSEA HIGHWAY-FLORIDA KEYS
The Overseas Highway adalah jalan yang melintasi dari pulau ke pulau menyeberangi 42 jambatan di barat daya Florida Keys yang dibangunkan pada tahun 1938. Jalan raya sebahagian besarnya di atas air dan sekitar empat jam perjalanan anda dapat menikmati pemandangan indah, laut dan dapat melihat, matahari terbit dan matahari terbenam yang luar biasa, jika anda datang ke sini pada waktu yang tepat. Walaupun lalu lintas ini akan membuatkan  perjalanan melalui jalan raya ini sedikit lebih lama, tapi aku pasti semua orang akan suka akan tempat ini.
14. RED ROCK SCENIC ROAD – USA



Red Rock Scenic Road, sering disebut "museum tanpa dinding". Jalan ini memberikan pemandangan indah dari batu merah yang menakjubkan yang tampak hidup seperti roh abadi yang menawan dan memberi inspirasi kepada semua orang. Mereka yang melalui Red Rock Scenic juga melewati Montezuma Castle National Monument and the Coconino National Forest yang memberikan setiap rasa yang menakjubkan dan kedekatan dengan alam.
13. IROHA ZAKA – JAPAN
Iroha-Zaka adalah jalan berliku dari Jepun yang menghubungkan pusat Nikko dan Oku-Nikko. Jalan ini terdiri daripada 48 kurva dan sudut masing-masing memiliki alfabet Jepang kuno, mulai dalam urutan abjad dari I-ro-ha yang juga diberikan sebagai nama jalan ini. Iroha-Zaka sebenarnya terdiri dari dua jalan, satu untuk turun dan satu lagi untuk naik dan mereka berdua memiliki 48 kurva yang sesuai dengan 48 huruf alphabet Jepun kuno.
12.ATLANTIC ROAD-NORWAY
The Atlantic Road terpilih sebagai konstruksi Norwey pada abad ini,dan ia merupakan bentangan sepanjang lima Mil dari jalan yang menghubungkan kota Molde dan Kristiansund di negeri ini. Beberapa bahagian dari jalan ini memiliki permukaan yang bergelombang, turun naik dan ini sangat menakjubkan seperti ombak yang sedang pasang. Selain jalan yang luar biasa itu sendiri, pemandangan sekitarnya  sangat menakjubkan yang membuat orang yang melintasi jalan ini terpesona.
11.OBERALP PASS-SWITZERLAND
Oberalp Pass merupakan jalan yang luar biasa di atas pegunungan Swiss yang tinggi dan itu adalah link penting antara Central Switzerland and the Graubunden Oberland. Jalan ini benar-benar popular bagi semua pelancong dari Eropah, tapi jalan hanya dibuka pada musim panas. Di musim dingin lalu lintas di jalan ini telah ditutup dan jalan itu sendiri digunakan sebagai tempat ski slope, dan hiking trail.
12.NORTH YUNGAS “ROAD OF DEATH” – BOLIVIA
The North Yungas Road adalah jalan sepajang 43 mil yang menghubungkan La Paz dan Coroico jauh ke Andes Bolivia. Jalan ini dinamai oleh penduduk setempat "El Camino de la Muerte" atau Jalan Kematian dan itu merupakan nama jalan paling berbahaya di dunia pada tahun 1995. 
Jalan ini terkenal kerana berbahaya, memiliki lebar yang ekstrem, jalur tunggal yang menakutkan, bahagian-bahagian sempit dan hampir tidak ada pagar sama sekali. Kabut dan hujan dapat membuat visibility jarak pandang menjadi sangat minimum dan permukaan jalan berlumpur yang menambah kelicinan jalan ini. Rata-rata, ada kecelakaan nyawa setiap beberapa minggu di jalan ini dan diperkirakan bahawa 200 sampai 300 orang terbunuh per tahun di jalan yang berbahaya ini. Namun saat ini, sudah jarang dilalui dan hanya digunakan terutama oleh orang yang ingin merasakan sensasi ekstrem tersebut.

9.TROLLSTIGEN – NORWAY
Salah satu  yang paling terkenal dari Fjord di Norwegia adalah jalan Trollstigen, jalan pergunungan berkelok-kelok curam yang terletak di wilayah Rauma. Arti kata Trollstigen bererti Troll Ladder dalam bahasa Inggeris dan itu merupakan serangkaian jalan yang menakjubkan dengan pemandangan indah dan beberapa air terjun yang luar biasa. 
Jalan ini sangat sempit dan daun sangat sedikit kemungkinan untuk kenderaan melewati satu sama lain dan dengan gradien curam 9% dan 11 jepit rambut, itu benar-benar menakutkan . Tapi itu semua layak jika Anda sampai ke puncak di mana Anda akan melihat jalan ini menakjubkan dari atas dan air terjun Stigfossen, sebuah air terjun setinggi 320m yang jatuh ke sisi gunung. 
8.GUOLIANG TUNNEL ROAD – CHINA
Guoliang Tunnel Road dibangunkan oleh penduduk dari 13 desa setempat dalam waktu hanya lima tahun di pergunungan Taihang yang terletak di provinsi Hunan, Cina. Banyak penduduk desa kehilangan nyawa mereka dalam kecelakaan ketika pembangunan binaan  terowong ini, tetapi pada tahun 1977 terowong itu dibuka untuk lalu lintas. Terowong yang diukir dari gunung 1.200 meter, dengan tinggi 5 meter dan lebar 4 meter lebar ini juga salah satu jalan paling berbahaya di dunia. Bahkan, terowong yang sangat indah ini dikenali sebagai “the road that does not tolerate any mistakes” alias "jalan yang tidak mengenal tolak ansur terhadap kesalahan" dan jalan ini menjadi salah satu tujuan utama pada peta pelancongan Cina.
7.SAN BERNARDINO PASS-SWITZERLAND


Jalur lainnya yang melalui pergunungan tinggi Alpen di Swiss adalah San Bernardino Pass, sebuah jalan yang menghubungkan kota-kota di Swiss seperti Misox dan Hinterrhein yang juga merupakan salah satu jalan terbesar di dunia. Jalur ini terletak pada ketinggian 2.065 meter dan memiliki jalan yang mulus, banyak jepit rambut, selekoh mencabar dan tentu saja, pemandangan yang menakjubkan. Jalan ini akan membawa kita melalui sebuah terowong sepanjang 6,6 km yang menakjubkan. 
6.LOS CARACOLES PASS – ANDES
 Los Caracoles Pass, sebuah jalur dimana kita akan melewati medan yang keras dari Pergunungan Andres dari Andes di jalan antara Chili dan Argentina. Jalan ini memiliki banyak "hard switchbacks" di sebuah lereng yang sangat curam. Los Caracoles selalu ditutupi salju hampir sepanjang tahun yang membuatnya sangat sulit untuk ditakluk. Terlepas dari kenyataan bahawa itu merupakan salah satu jalan paling mencabar di dunia, Los Caracoles Pass memiliki catatan keselamatan yang bagus.
5.COL DE TURINI – FRANCE
Col de Turini terbentang melewati Pegunungan Alpen di bahagian selatan Perancis pada ketinggian lebih dari 1 mil di atas permukaan laut. Jalan ini dimasukkan sebagai bahagian dari tahap Reli 20 Mil setiap tahun di Reli Monte Carlo pada  World Rally Championship (WRC) dan menggabungkan 34 jepit rambut dan garis regangan yang panjang di mana kereta dapat bergerak laju dengan kecepatan puncak lebih dari 110 mph. Tahap ini merupakan salah satu bahagian yang paling mencabar dari WRC dan terpisah dari jalan yang indah, pemandangan di sekitarnya menjadikan jalan ini sebagai salah satu yang paling atraktif dan menakjubkan di dunia.
4.THE JEBEL HAFEET MOUNTAIN ROAD – UAE
Jebel Hafeet Mountain Road di Uni Emirat Arab terbentang seluas 7,3 km dengan 60 persentnya muncul di pergunungan dengan ketinggian 1.219 m. Sepanjang jalan UEA adalah gunung dengan pemandangan indah dari padang pasir dan berakhir di tempat parkir hotel. Jalan adalah campuran lurus cepat dan kurva yang menggabungkan secara sempurna dari persimpangan satu ke persimpangan yang lain menjadikan jalan ini sebagai salah satu pemandangan yang menakjubkan di tengah padang pasir.
3. LYSEBOTN ROAD – NORWAY
Jalan Lysebotn dianggap sebagai salah satu jalan yang paling indah di Eropa dan semuanya dimulai dengan jalan sempit dari dinding curam di Lysefjord, Norwegia. Jalan ini mencakup 27 jepit rambut menantang dan terowongan sepanjang 1,1 km di bagian bawah yang juga memiliki 3 switchbacks untuk membuat sesuatu yang lebih menarik. Permukaan jalan ini terasa sempurna dan orang-orang yang sudah pernah berada di jalan ini menganggapnya sebagai sebuah rollercoaster. Ini mungkin jalan paling menyenangkan dari Norwegia dan 30 km terakhir menuju Lysebotn akan menempatkan senyum di wajah setiap pengemudi yang melewati jalan itu.
2. STELVIO PASS – ITALY

Dari Pegunungan Alpen di Timur Italia, Stelvio Pass Road menghubungkan Valtellina dengan Merano dan bagian atas lembah Adige. Ini adalah jalan beraspal tertinggi kedua di Pegunungan Alpen yang terletak pada ketinggian sekitar 1,7 mil (sekitar 2.757 meter) di atas permukaan laut. Stelvio Pass adalah salah satu rute terbaik dengan jepit rambut berkesinambungan di dunia dan jalan ini menjadi sangat popular dengan kehadiran 48 lengkungan tajam serta kenyataan bahawa jalan menjadi sangat sempit di beberapa titik dan memiliki beberapa tanjakan yang sangat terjal. Jalan ini dianggap oleh banyak penggemar kereta sebagai salah satu jalan paling indah di dunia dengan pemandangan yang benar-benar menakjubkan dan spektakuler.
1. TRANSFAGARASAN – ROMANIA
Transfăgărășan (itu ejaan yang tepat) adalah jalan beraspal tertinggi dan paling dramatis dari Rumania. Dibangun sebagai rute militer strategis oleh mantan diktator Nicolae Ceausescu antara tahun 1970 dan 1974, jalan ini menghubungkan daerah-daerah bersejarah Transylvania dan Wallachia, dan kota-kota di Sibiu dan Pitesti. Transfagarasan mewakili 90 km dari liku-liku jalan yang membentang dari Utara ke Selatan di bagian tertinggi dari Pegunungan Carpathian diantara puncak-puncak gunung tertinggi di Rumania.
Di atas gunung, jalan ini menyediakan akses ke Balea Lake, sebuah danau gletser yang telah ada selama ribuan tahun dan juga memiliki sebuah terowongan sepanjang hampir 1 km langsung melalui atas gunung. Jalan itu dibangun dengan biaya tinggi, baik secara finansial maupun sudut pandang manusia. Dengan lebih dari 6 juta kilogram bahan peledak yang digunakan pada bagian utara dan dari catatan rasmi diungkapkan sebanyak 40 perajurit yang kehilangan nyawa mereka saat membangunnya. Namun catatan tidak rasmi menyebutkan bahwa pembuatan terowong tersebut telah memakan korban sekitar 400 jiwa.
Hujung utara jalan adalah yang paling spektakuler dan itu dihiasi dengan jepit rambut berubah curam, kurva S yang panjang dan turunan yang tajam dikombinasikan dengan pemandangan yang benar-benar menakjubkan! Antara Oktober dan Jun, jalan ini berada di bawah salju dan biasanya tertutup. Itu ertinya, hanya beberapa bulan di musim panas jalan ini tersedia untuk dinikmati para pelancong.
 sumber:Google.com






















Sunday, 25 November 2012

TIPS PEMAKAIAN INAI SUPAYA TAMPAK CANTIK..

Alang kepalang adik aku yang tercinta menangis suh aku belikan Inai, aku pun belilah juga kat kedai DIN KB... hehehe, terfikir juga macam mana nak bagi tahan lama.. aku pun terus Google then jumpalah TIPS-TIPS INI.. CUBALAH..
CONTOH  INAI DARI SCHA AL YAHYA..(SIMPLE TP CANTIKKAN..)
1. Warna Inai Mengikut Kulit

Tahukah anda bahawa warna inai bergantung kepada jenis kulit dan suhu badan si pemakainya. Kalau pemakainya berkulit putih melepak, warna inai akan menjadi jingga bercampur kemerahan. Kalau pemakainya berkulit kuning langsat, maka warna inai akan cenderung menjadi lebih gelap. Jika pemakainya memiliki kulit hitam-hitam si tampuk manggis, warna inai akan menjadi merah seperti darah beku atau merah hati.

2. Memiliki Warna Inai yang Kekal

Bayangkan anda telah memakai inai dan berharap hasilnya membanggakan tetapi yang anda dapat hanya warnanya yang pudar.Tentu kecewa. Aturkan cara pemakaian inai yang betul. Sebelum memakai inai, pastikan jari jemari anada bersih dari cela dan kekotoran. Selepas inai sudah kering, elakkan daripada mencuci dengan air sebaliknya pilih sapuan minyak bayi. Jangan pula merendam tangan di dalam sabun atau peluntur. Itu juga memudarkan warna inai.
3. Waktu yang sesuai.
Biasanya inai dipakai beberapa hari sebelum majlis perkahwinan. Sebab itu adat melayu mengkhususkan malam berinai. Pastikan memakai inai 2-3 hari sebelum hari bahagia anda. Jangan pakai inai terlalu singkat kerana ianai mengambil masa untuk kering dan tampak emerahan. Sekurang-kurang 2 jam, masa yang minimum untuk pemakaian inai.
4. Teknik Menanggalkan Inai
Jangan membuka inai dengan kasar, sebaliknya kopek secara perlahan-lahan. Jika masih melekat, gunakan tisu kering. Lapkan dengan tisu atau tuala dengan hanya menekan di tempat pemakaian inai. Jangan pula kosong terlalu kuat kerana takut inai itu pudar. Teknik ini digunakan untuk bakal pengantin yang merias corak inai di tangannya.
5. Memilih teknik tradisional
Ini pengantin lebih senang memakai inai tiub. Namun kembali kepada teknik tradisional juga boleh mendapatkan hasil inai yang cantik. Ambil daun inai dan jemur sehingga kering. Tumbuk sehingga hancur dan lumat bersama gambir, arang dan nasi (untuk membuat inai melakat di jari). Gumalkan campuran tersebut mengikut bentuk jari anda. Pemakaian inai ini memerlukan masa semalaman. Tetapi hasilnya memang mengagumkan.

THANK U DEAR

 

Terima Kasih Semua