Alang kepalang adik aku yang tercinta menangis suh aku belikan Inai, aku pun belilah juga kat kedai DIN KB... hehehe, terfikir juga macam mana nak bagi tahan lama.. aku pun terus Google then jumpalah TIPS-TIPS INI.. CUBALAH..
CONTOH INAI DARI SCHA AL YAHYA..(SIMPLE TP CANTIKKAN..)
1. Warna Inai Mengikut Kulit
Tahukah anda bahawa
warna inai bergantung kepada jenis kulit dan suhu badan si pemakainya. Kalau
pemakainya berkulit putih melepak, warna inai akan menjadi jingga bercampur
kemerahan. Kalau pemakainya berkulit kuning langsat, maka warna inai akan
cenderung menjadi lebih gelap. Jika pemakainya memiliki kulit hitam-hitam si
tampuk manggis, warna inai akan menjadi merah seperti darah beku atau merah
hati.
2.
Memiliki Warna Inai yang Kekal
Bayangkan anda telah memakai inai dan berharap hasilnya
membanggakan tetapi yang anda dapat hanya warnanya yang pudar.Tentu kecewa.
Aturkan cara pemakaian inai yang betul. Sebelum memakai inai, pastikan jari
jemari anada bersih dari cela dan kekotoran. Selepas inai sudah kering, elakkan
daripada mencuci dengan air sebaliknya pilih sapuan minyak bayi. Jangan pula
merendam tangan di dalam sabun atau peluntur. Itu juga memudarkan warna inai.
3. Waktu
yang sesuai.
Biasanya inai dipakai beberapa hari sebelum majlis perkahwinan. Sebab itu adat
melayu mengkhususkan malam berinai. Pastikan memakai inai 2-3 hari sebelum hari
bahagia anda. Jangan pakai inai terlalu singkat kerana ianai mengambil masa
untuk kering dan tampak emerahan. Sekurang-kurang 2 jam, masa yang minimum
untuk pemakaian inai.
4. Teknik
Menanggalkan Inai
Jangan membuka inai dengan kasar, sebaliknya kopek secara
perlahan-lahan. Jika masih melekat, gunakan tisu kering. Lapkan dengan tisu
atau tuala dengan hanya menekan di tempat pemakaian inai. Jangan pula kosong
terlalu kuat kerana takut inai itu pudar. Teknik ini digunakan untuk bakal
pengantin yang merias corak inai di tangannya.
5. Memilih
teknik tradisional
Ini pengantin lebih senang memakai inai tiub. Namun kembali
kepada teknik tradisional juga boleh mendapatkan hasil inai yang cantik. Ambil
daun inai dan jemur sehingga kering. Tumbuk sehingga hancur dan lumat bersama
gambir, arang dan nasi (untuk membuat inai melakat di jari). Gumalkan campuran
tersebut mengikut bentuk jari anda. Pemakaian inai ini memerlukan masa
semalaman. Tetapi hasilnya memang mengagumkan.
sis.. sy ambil tips ni utk fb page sy ye.. Urshia Lab :) sy jual inai
ReplyDeleteaisyah rahim...
Deleteu jual inai tiub x...
blh pm sy x...