say welcome

WELCOME TO MY WORLD

Sunday, 25 November 2012

HUKUM MEMAKAI INAI

Amalan berinai memang tidak asing lagi bagi kita semua. Ia kebiasaannya dilakukan pada majlis perkahwinan dan telah menjadi adat yang hampir tidak dapat dipisahkan. Memakai inai juga akan menampakkan seri kepada pengantin. Persoalannya adakah ia dibenarkan dalam syarak? Jika dibenarkan apakah syaratnya? Bolehkan memakai inai bercorak? Persoalan ini hanya terlintas bagi orang-orang yang menitik beratkan soal hukum. Kadang kala kita terlepas pandang perkara yang nampak remeh disebabkan oleh ianya sebahagian daripada adat turun-temurun.
Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Iamam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid. 
Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan"bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."
Inai (hinnaa) bukanlah tatu (syimaah). Inai diekstrak dari tumbuhan sedangkan tatu menggunakan teknik tertentu untuk menanam warna di bawah lapisan kulit. Tatu diharamkan dalam Islam secara mutlak sama ada ianya bercorak haiwan atau selainnya, tetapi inai dibenarkan. Namun, jika menggunakan inai untuk melukis objek yang hidup (bernyawa), maka ini adalah haram. Haram di sini adalah hukum tentang lukisannya, bukan inainya. Masalah melukis/mengukir (taswir) bentuk haiwan adalah haram menurut pendapat yang terkuat [An-Nabhani, Syakhsiyyah Islamiyyah]. Jadi, memakai inai sama ada di jari sahaja atau di mana-mana bahagian badan adalah mubah (harus) dengan syarat ia bukan gambar objek bernyawa dan tidak menggambarkan bentuk hadharah kuffar seperti lambang salib, dewa hindu, budha dan lain-lain. Adapun dalil tentang kebolehan berinai adalah sabda Rasulullah,
“Bahawa seorang wanita telah menghulurkan tangannya kepada Nabi SAW dengan sebuah kitab untuk berbai’ah maka Baginda menggenggam tangannya lalu berkatalah wanita tersebut; Ya Rasulullah! Saya telah menghulurkan tangan saya kepada anda dengan sebuah kitab tetapi anda tidak pun mengambilnya. Baginda bersabda, ‘Sesungguhnya aku tidak ketahui adakah ianya tangan lelaki ataukah tangan wanita.’ Wanita itu berkata, ‘Bahkan tangan wanita’. Rasulullah SAW lalu bersabda, ‘Jika anda wanita tentulah anda mengubah (mencelup) kuku-kuku anda dengan inai” [HR An-Nasaei, Abu Daud]
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  • Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
contoh jari Scha al Yahya..hehehe..comelkan..
Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram.
Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).
sumber:WORLD OF AD-DIEN
         USTAZ NOR AMIN
    GOOGLE.COM

Saturday, 24 November 2012

6 JALANRAYA TERPANJANG DI DUNIA

Lebuhraya Pan America  
Negara: Argentina 
Panjang: 47,958 km
Menghubungkan: Hujung Utara Alaska ke Hujung Selatan Amerika Selatan
Dibina pada tahun: 1966 
Lebuhraya Australia 1 
Negara: Australia 
Panjang: 14,481 km
Menghubungkan: Mengelilingi semua kota-kota negeri, Australia
Dibina pada tahun: 1955 
Lebuhraya Trans-Siberian
Negara: Russia
Panjang: 10,998 km
Menghubungkan: Baltic Sea ke Pacific Ocean
Dibina pada tahun:1949 
Lebuhraya Trans-Canada 
Negara: Kanada 
Panjang: 8,045 km
Menghubungkan: Victoria, British Columbia ke North Sydney, Nova Scotia 
Dibina pada tahun: 1962 
Interstate 90 (I-90)
Negara: Amerika Syarikat
Panjang: 5,006 km
Menghubungkan: Hujung Timur Boston ke Hujung Barat, Seattle
Dibina pada tahun: 1957 
Interstate 80 (I-80)
Negara: Amerika Syarikat
Panjang: 4,681 km
Menghubungkan: Pusat Kota San Francisco ke Teaneck, New Jersey
Dibina pada tahun: 1956

Sumber : interbent.com






JALAN PALING BAHAYA DI DUNIA

Jalan yang merbahaya ni terletak di Guoliang Tunnel Road – China dan Bolivia, Amerika Selatan. Jalan ini diiktiraf sebagai jalan paling merbahaya di dunia. Saban tahun beratus-ratus orang terkorban kerana jatuh gaung. Bayangkan betapa siksanya jiwa nak menghabiskan keseluruhan jalan ini. Sanggupkah anda merentasi jalan ini dengan lori? Bayangkan wang atau nyawa yang paling berharga…
Guoliang tunnel road di China

                         
                         

                          

Bolivia, Amerika Selatan

                           

 
                     
     










20 Kisah Yang Paling Aneh di Dunia

20. Hari ke 21, hari sial bagi King Louis XVI

Ketika raja Perancis King Louis XVI masih kecil, dia diperingatkan oleh seorang astrolog untuk selalu dalam berjaga-jaga pada hari ke 21 pada setiap bulan. Louis berasa takut dengan peringatan tersebut dan tidak pernah melakukan urusan pada hari ke 21.Malangnya, Louis telah cuai kerana mengikuti revolusi Perancis pada tanggal 21 jun 1791, yang menyebabkan  Louis bersama ratunya di tahan di Varennes .21 September 1791, Perancis menghapus institution of Royalty dan menjadi sebuah negara republik. Akhirnya pada 21 januari 1793, King Louis XVI telah dilaksanakan dengan alat pemenggal kepala.
19. Saudara kembar, serangan jantung yang sama

John dan Arthur Mowforth adalah saudara kembar yang hidup terpisah sejauh 80 mil di Inggeris Raya.Pada satu malam iaitu  tanggal 22 mei 1975, kedua-duanya jatuh sakit kerana sakit di bahagian dada. Kedua keluarganya tidak mengetahui mengenai sakit yang dialami oleh saudara kembar yang satu lagi. Kedua-kedua keluarga kembar segera berangkat ke rumah sakit yang berlainan pada waktu yang sama. Dan keduanya meninggal kerana serangan jantung beberapa saat setelah sampai di rumah sakit.(Source: Chronogenetics: The Inheretance of Biological Time, Luigi Gedda and Gianni Brenci)

18. Mark Twain dan komet Halley
Mark Twain lahir pada saat terlihatnya komet Halley pada tahun 1835, dan meninggal dunia ketika  kelihatannya komet Halley berikutnya pada tahun 1910. Dia sendiri menjangkakan pada tahun 1909 ketika dia berkata “Aku datang dengan komet Halley tahun 1835. Tahun depan komet ini datang lagi, dan aku berharap dapat pergi dengannya juga”.
17. Novel yang tidak disangka menggambarkan tetangga yang menjadi mata-mata

Pada saat Norman Mailer memulakan novelnya Barbary Shore, sama sekali tidak ada rencana bahawa mata-mata Rusia yang menjadi karakter.Saat dia menggarapnya, dia memperkenal mata-mata Rusia ini sebagai karakter minor.Selama pekerjaan tersebut berlanjutan, mata-mata ini telah menjadi karakter dominan di dalam novelnya.Dan setelah novelnya selesai , Petugas Imigrasi U.S menahan lelaki yang tinggal di apartment yang satu bumbung dengan apartment Mailer. Dia adalah kolonel Rudolf Abel, dipercayai sebagai mata-mata Rusia kelas satu pada saat itu.
(Source: Science Digest)
16. King Umberto I’ double

Di Monza, Italia, King Umberto I pergi ke sebuah restoran untuk makan malam ditemani oleh aide-de-camp (perwira pembantu), jendral Emilio Ponzia- Vaglia. Ketika pemilik membaca pesanan King Umberto, Raja mulai menyedari bahawa dia dan pemilik restoran itu adalah virtual doubles, baik dalam hal wajah mahupun poster. Kedua lelaki itu memulai berbincang mengenai kemiripan kedua-duanya dan menemukan bahawa :
a) Kedua lelaki ini lahir pada hari yang sama dan tahun yg sama, (March 14th, 1844).
b) Kedua lelaki ini lahir di kota yang sama.
c) Kedua lelaki ini menikahi wanita dengan nama yang sama, Margherita.
d) Restauranteur membuka restorannya pada hari yang sama saat King Umberto dinobatkan sebagai raja Itali.
e) Pada 29 July 1900, King Umberto diinformasikan bahawa pengusaha restoran itu telah meninggal dunia hari itu kerana penembakan misteri,pada saat dia mengungkapkan rasa penyesalannya, dia terbunuh oleh anarki di khalayak ramai.
15. Dua Mr. Brysons, di kamar hotel yang sama

Sewaktu dalam perjalanan perniagaan pada akhir tahun 1950-an,Mr. George D. Bryson berhenti dan masuk ke sebuah hotel diBrown Hotel di Louisville,Kentucky. Setelah menandatangani surat pendaftaran dan diberi kunci kamar 307, dia berhenti di meja surat untuk melihat surat-surat yang ada.Ternyata ada surat yang ditujukan untuknya kata seorang mail girl, dan diberikanlah surat itu kepadanya. Sepucuk surat dalam sampul surat yang dialamatkan ke Mr. George D. Bryson, room 307. Tidak  terlalu aneh, kecuali surat itu bukanlah untuknya, tapi untuk ruang 307 dan orang yang menginap sebelumnya,iaitu orang lain dengan nama George D. Bryson. (Source: Incredible Coincidence, Alan Vaughan).
14. Kemenangan Poker, tak disangka-sangka anaknya sendiri

Tahun 1858, Robert Fallon ditembak mati, aksi balas dendam dari mereka yang bermain poker dengannya. Fallon, dituduh, memenangi $600 pot dengan bermain curang. Dengan kerusi Faloon sekarang kosong dan tidak ada pemain lain yang berkeinginan menggantikannya, akhirnya mereka menemukan pemain baru untuk menggantikan Fallon.Saat polis tiba untuk melakukan penyiasatan, pemain baru tersebut sudah melipat gandakan wang Fallon menjadi $2.200, polis meminta $600 milik Fallon untuk diberikan kepada kerabat dekat Fallon,  ternyata pemain baru itu adalah anak lelaki Fallon yang tidak pernah bertemu ayahnya sejak 7 tahun.(Source: Ripley’s Giant Book of Believe It or Not!)
13. Penemuan Hotel Tertukar
Pada tahun 1953,reporter TV Irv Kupcinet ada di London untuk membuat liputan penobatan Elizabeth II. Di salah satu laci di kamarnya di Savoy dia menemukan beberapa barang, dan setelah diidentifikasi,milik seseorang bernama Harry Hannin. Kebetulan,Harry Hannin bintang bola basket dengan tim Harlem Globetrotters yang terkenal itu,adalah teman baik Kupcinet.Tapi cerita ini ternyata memiliki alur yang twist. 2 Hari sesudahnya,sebelum dia berbicara kepada Hannin. Di dalam satu surat,Hannin mengatakan pada Kucinet bahawa saat dia menginap di Hotal Meurice di Paris,dia menemukan di laci sebuah dasi, dengan nama Kupcinet di dasi tersebut. (Source: Mysteries of the Unexplained)

12. A writer’s plum pudding
Pada tahun 1805, penulis Perancis Émile Deschamps ditraktir oleh orang asing Monsieur de Fortgibu.Sepuluh tahun kemudian,dia melihat menu restoran dan memesan plum pudding,tapi pelayan mengatakan bahawa hidangan terakhir sudah dipesan dan disajikan ke orang lain yang ternyata adalah de Fortgibu.Bertahun-tahun setelah itu kira-kira 1832 Émile Deschamps sedang makan malam,dan sekali lagi dia ditawari plum pudding. Dia jadi ingat insiden bertahun-tahun lalu dan mengatakan pada temannya bahwa yang kurang dari setting cuma de Fortgibu, dan masuklah de Fortgibu yang kini sudah tua ke ruang restoran itu.
11. 3 percubaan bunuh diri, digagalkan monk yang sama
Joseph Aigner seorang pelukis cukup ternama pada abad ke 19 di Austria, tampaknya adalah orang yang tidak bahagia kerana dia beberapa kali cuba untuk bunuh diri. Percubaan pertama pada usia 18 tahun dia cuba menggantung diri, tapi digagalkan oleh kemunculan misteri oleh seorang Capuchin monk.Pada usia 22 dia mencuba untuk menggantung diri lagi, tapi  diselamatkan oleh monk yang sama. 8 tahun kemudian dia dibawa ke tiang gantung kerana isu politiknya.Sekali lagi dia diselamatkan oleh monk yang sama.Pada usia 68, Aiger akhirnya berjaya melakukan bunuh diri, dengan memakai pistol. Acara pemakamannya dipimpin oleh monk yang sama, lelaki yang namanya tidak pernah diketahui oleh Aiger.(Source: Ripley’s Giant Book of Believe It or Not!)
10. Seorang penulis, menemukan buku masa kecilnya
Saat novelis Amerika, Anne Parrish mencari2 buku di gudang buku kota Paris tahun 1920, dia tertarik dengan satu buku yang dulu menjadi buku favouritenya – Jack Frost and Other Stories.Dia memilih buku tua itu dan menunjukkannya pada suaminya, mengatakan padanya bahawa itu adalah buku favouritenya pada saat dia kecil. Suaminya mengambil dan membuka buku itu , pada halaman pertama dia menemukan catatan “Anne Parrish, 209 N. Weber Street, Colorado Springs.”(Source: While Rome Burns, Alexander Wollcott)
09. Dua bersaudara terbunuh pemandu taxi 
yang sama, selang
 setahun 
Pada tahun 1975, ketika memandu laju di Bermuda, seorang lelaki tiba-tiba dilanggar taxi dan terbunuh. Satu tahun kemudian, saudara lelaki ini mengalami hal yang sama . Faktanya, dia memandu kereta yang sama.Dan lebih aneh lagi, dia dilanggar taxi yang sama dan dipandu oleh pemandu yang sama.(Source: Phenomena: A Book of Wonders, John Michell and Robert J. M. Rickard)
08. Saudara Kembar, terbunuh di jalan 
yang sama,selisih 2 jam
Pada tahun 2002, Saudara kembar berusia 70an, terbunuh dengan selisih satu jam antara satu sama lain pada kecelakaan yang berlainan di jalan yang sama di Finlandia selatan. Yang pertama terbunuh ketika dilanggar  lori ketika memandu basikalnya di Raahe, jarak 600 km ke selatan dari ibukota, Helsinki .Hanya berjarak 1,5 km dari kejadian dimana saudaranya terbunuh. “Ini adalah kebetulan yang bersejarah, meskipun jalannya terkenal dengan jalan yang sibuk, tapi kecelakaan jarang terjadi disini” police officer Marja-Leena Huhtala mengatakan pada Reuters. ” membuat bulu roma berdiri waktu tahu keduanya adalah saudara.(Source: BBC News)
07. Novel yang memprediksi takdirTitanic, dan kapal lain yang hampir mengikuti

 

Morgan Robertson,pada tahun 1898, menulis “Futility”. Menggambarkan maiden voyage(pelayaran perdana) dari kapal mewah untuk melintasi samudera Pasifik yang bernama Titan. Meskipun banyak yang menyakinkan bahawa kapal ini tidak akan pernah tenggelam,namun kapal ini melanggar lapisan ais dan tenggelam menyebabkan  banyak yang terkorban.
Pada tahun 1912, Titanic, transatlantic luxury liner, mengalami peristiwa sama seperti yang digambarkan novel. Kalau di novel ,bulan kecelakaan adalah April, peristiwa tenggelamnya Titanic juga April. Kalau di novel penumpangnya ada 3000 orang, dalam realita sebanyak 2.207 orang.Dalam novel ada 24 lifeboat, kenyataannya 20. Sebulan setelah Titanic tenggelam, kapal lain telah melintasi Atlantik yang berkabut yang dikendalikan oleh seorang anak muda .Ketika dia ingat kembali mengenai Titanic ,dan mengingat bahawa nama kapalnya sendiri adalah Titanian, dia mulai menggigil dan menghentikan kapalnya.Ketika itulah bongkah ais besar menghentam depan jalur yang mereka lewati. Titanian selamat.
06. 3 orang asing di kereta, dengan nama akhir yang komplementer
Tahun 1920, 3 pria Inggris terpisah melalui Peru. Saat mereka saling berkenalan, Cuma mereka orang yang ada di dalam kereta. Ternyata perkenalan mereka lebih mengejutkan dari yang mereka bayangkan. Lelaki pertama memiliki nama akhir Bingham, lelaki kedua memiliki nama akhir Powell, dan lelaki ketiga memiliki nama akhir Bingham-Powell, dan mereka tidak ada hubungan saudara. (Source: Mysteries of the Unexplained)
05. Sama seperti bukunya Edgar Allan Poe

Pada abad ke 19, penulis cerita horror yang terkenal, Egdar Allan Poe, menulis sebuah buku berjudul ‘The narrative of Arthur Gordon Pym’. Ceritanya mengenai 4 survivors dari kecelakaan kapal yang terdampar berhari2 ditengah laut sebelum memutuskan untuk membunuh dan memakan awak-awak kabin bernama Richard Parker.Bertahun-tahun setelah itu,Tahun 1884, kapal layar Mignonette, tenggelam, dengan hanya 4 orang selamat, dan berhari-hari terdampar, akhirnya 3 senior dari kru memutuskan membunuh dan memakan awak kabinnya. Nama awak-awak kabin itu adalah Richard Parker.
04.Lelaki Kembar, yang hidupnya kembar
Cerita mengenai kembar identik yang hidupnya hampir identik memang mengejutkan, tapi mungkin tidak ada yang lebih aneh dari yang satu ini. Cerita dari saudara kembar yang berasal dari Ohio , yang dipisahkan sejak lahir, dan membesar oleh keluarga yang berbeda.Tidak mengenali antara satu sama lain, kedua-dua keluarga menamai mereka dengan nama yang sama, James. Inilah sejarah awal dari kebetulan2 itu, Kedua-dua James membesar tanpa mengenali satu sama lain, namun keduanya menjalani kehidupan pelatihan pelaksana-hukum,meminati mechanical drawing dan pertukangan, dan menikahi wanita dengan nama Linda.Keduanya memiliki anak lelaki yang diberi nama James Alan. Keduanya juga menceraikan isterinya dan menikahi wanita lain, keduanya memiliki nama Betty. Dan keduanya memiliki anjing dengan nama Toy. 40 tahun setelah terpisah, kedua lelaki ini berkumpul kembali dan berkongsi kehidupan mereka yang kembar.(Source: Reader’s Digest, January 1980)
03. Peluru yang sampai ke target setelah bertahun-tahun
Henry Ziegland mengagak bahawa dia pintar dalam menghindarkan diri.Pada tahun 1883, dia telah putus dengan kekasihnya. Kekasihnya yang sangat stress kemudian membunuh diri.Abang kepada kekasihnya sangat marah kemudian berjumpa dengan Ziegland dan menembaknya.Setelah yakin dia sudah membunuh Ziegland, dia menghalakan pistol kepada dirinya sendiri dan membunuh diri. Kenyataanya, Ziegland hanya tergores sedikit di wajah dan pelurunya menyasar dan mengenai pohon. Ziegland berasa sangat bertuah.Bertahun-tahun kemudian, dia memutuskan untuk menebang pohon itu, dengan peluru yang masih terlekat di pohon.Dia berasakan pohon itu susah ditebang dan  memutuskan untuk meledakkannya dengan memakai dinamit, Sial sekali ledakannya telah membuatkan peluru itu mengenai kepalanya, dan dia  tewas seketika.(Source: Ripley’s Believe It or Not!)
02. Bayi jatuh, diselamatkan dua kali oleh orang yang sama
Di Detroit tahun 1930an, ibu muda harus berterima kasih sebesar2nya pada lelaki bernama Joseph Figlock. Ketika Figlock sedang jalan-jalan, bayi ibu muda tersebut jatuh dari jendela dari lantai atas dan mengenai Figlock. Keduanya tidak terluka dan selamat. Tetapi setahun setelah itu, bayi yang sama jatuh dari jendela yang sama, dan kebetulan sekali lelaki yang sama berjalan dibawahnya, dan lagi keduanya selamat...
(Source: Mysteries of the Unexplained)
01. Sumpahan Kereta James Dean

Pada bulan September 1955, James Dean terbabit dalam kemalangan kereta yang dahsyat ketika dia sedang memandu kereta Porche sportnya.Setelah kejadian, keretanya tampaknya menjadi kereta pembawa sial.Antaranya:
a) Saat keretanya dibawa dari tempat berlakunya kemalangan dan dibawa ke garaj, enjinnya jatuh mengenai mekaniknya, dan menghancurkan kedua kakinya.b) Akhirnya enjinnya dibeli oleh seorang doctor, yang memasangnya di kereta  dan terbunuh ketika di litar lumba. Pemandu lain, di perlumbaan yang sama, turut terbunuh dikeretanya, yang dipasang paksi kardan milik James Dean.
c) Tempat dimana porche milik James Dean diperbaiki, iaitu sebuah garaj,  terbakar teruk.
d) Kemudian kereta itu dipamerkan di Scramento, namun tiba-tiba rosak berselerakan dan mencederakan pinggul seorang remaja.
e) Di Oregon, trailer dimana kereta itu diperbaiki telah terperosok ke dalam sebuah kedai.
f) Akhirnya, tahun 1959, secara misteri kereta itu rosak berantakan menjadi 11 bahagian.








Tuesday, 20 November 2012

Sunat Selepas Akad Nikah(ISLAM) – Ustaz Don

Sunat Selepas Akad Nikah – Seperti yang dilakukan oleh Ustaz Don Daniyal.
                               

Kini ramai yang akan membina masjid baru dengan perkahwinan. Perkahwinan yang diberkati adalah apabila mematuhi suruhan Allah SWT dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Antara yang kita lihat, Ustaz Don Daniyal mengamalkan beberapa perkara sunat selepas akad nikah. Antaranya, meletakkan tangan di ubun-ubun atau dahi isterinya dan berdoa. Selain itu, Ustaz Don Daniyal solat sunat 2 rakaat.

Sunat Selepas Akad Nikah

1 -  Solat Sunat Selepas Akad Nikah
                                sunat selepas akad nikah
Niat Solat Sunat Nikah
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
  • Rakaat pertama:
  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
  • Rakaat kedua
  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
  • membaca doa selepas salam
2 – Sujud Syukur

3 - Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.
sunat selepas akad nikah
“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).
4 – Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah (jangan fokus nak ambil gambar sahaja)

sumber asal from TRIGGY.COM



Hukum Ambil Wudhu Ketika Haid

Persoalan sebegini akan datang kepada wanita ketika datang haid terutama para remaja yang baru datang haid.
  •     Khilaf di antara Ulama sama ada membenarkan berwuduk atau tidak, bergantung pada niat individu yang melakukannya.
  •     Diharamkan wanita yang didatangi Haid/Nifas berwuduk jika bertujuan untuk mengangkat hadas dalam keadaan dia mengetahui tidak sah wuduknya, ini kerana dia bermain-main dengan hukum.
  •     Jika tujuan berwuduk atau mandi junub dengan tujuan membersihkan diri atau menyejukkan badan atau apa-apa saja niat yang tidak melanggar syarie, maka tidak menjadi masalah. Ini pendapat yang dipegang oleh Auzaie, Malik, Thauri dan Abu Thaur.
  •     Wajar mempertahankan pendapat salaf soleh agar berterusan dengan mengambil waktu solat tersebut dengan berwuduk dan berzikir agar kebiasaan itu tidak dilupakan.
  •     Para wanita banyak yang dirasuk jin dan menjadi lemah kerana mengabaikan ibadat di waktu uzur. Keuzuran bukan alasan untuk meninggalkan semua ibadat kerana meninggalkan solat pada waktu uzur juga merupakan satu ibadat. Perbanyakan zikir dan wirid pada waktu uzur sebagai menampung kekurangan ibadat di waktu ini.
  •     Tidak menjadi kesalahan untuk berwuduk sebelum tidur atau pada ketika marah walaupun dalam keadaan uzur.
  •     Berbicara dengan Non Muslim dengan logik dan menzahirkan hikmah perintah Allah disyariatkan. (sumber)
SUMBER ASAL: TRIGYY.COM

Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun hijrah boleh dilakukan sebelum maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan Doa Awal Tahun hijrah pula boleh dibaca selepas maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah.



Tetapi ada persoalan di kalangan umat Islam, apakah hukum membaca doa awal dan akhir tahun Hijrah ini? Selepas membaca beberapa artikel, Doa Awal dan Akhir Tahun Islam ini adalah bukan amalan sunat atau bukan Doa daripada Nabi Muhammad SAW, tetapi ia masih boleh dibaca.

Sunday, 4 November 2012

7 AYAT PENTING DALAM AMALAN SEHARIAN KITA...



Untuk renungan semua.
Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut di ucapkan.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang alam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

 

30 LARANGAN YANG WANITA HARUS HINDARI...



1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Tuesday, 30 October 2012

10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK ANDA



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita

THANK U DEAR

 

Terima Kasih Semua