say welcome

WELCOME TO MY WORLD

Sunday, 25 November 2012

HUKUM MEMAKAI INAI

Amalan berinai memang tidak asing lagi bagi kita semua. Ia kebiasaannya dilakukan pada majlis perkahwinan dan telah menjadi adat yang hampir tidak dapat dipisahkan. Memakai inai juga akan menampakkan seri kepada pengantin. Persoalannya adakah ia dibenarkan dalam syarak? Jika dibenarkan apakah syaratnya? Bolehkan memakai inai bercorak? Persoalan ini hanya terlintas bagi orang-orang yang menitik beratkan soal hukum. Kadang kala kita terlepas pandang perkara yang nampak remeh disebabkan oleh ianya sebahagian daripada adat turun-temurun.
Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Iamam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid. 
Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan"bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."
Inai (hinnaa) bukanlah tatu (syimaah). Inai diekstrak dari tumbuhan sedangkan tatu menggunakan teknik tertentu untuk menanam warna di bawah lapisan kulit. Tatu diharamkan dalam Islam secara mutlak sama ada ianya bercorak haiwan atau selainnya, tetapi inai dibenarkan. Namun, jika menggunakan inai untuk melukis objek yang hidup (bernyawa), maka ini adalah haram. Haram di sini adalah hukum tentang lukisannya, bukan inainya. Masalah melukis/mengukir (taswir) bentuk haiwan adalah haram menurut pendapat yang terkuat [An-Nabhani, Syakhsiyyah Islamiyyah]. Jadi, memakai inai sama ada di jari sahaja atau di mana-mana bahagian badan adalah mubah (harus) dengan syarat ia bukan gambar objek bernyawa dan tidak menggambarkan bentuk hadharah kuffar seperti lambang salib, dewa hindu, budha dan lain-lain. Adapun dalil tentang kebolehan berinai adalah sabda Rasulullah,
“Bahawa seorang wanita telah menghulurkan tangannya kepada Nabi SAW dengan sebuah kitab untuk berbai’ah maka Baginda menggenggam tangannya lalu berkatalah wanita tersebut; Ya Rasulullah! Saya telah menghulurkan tangan saya kepada anda dengan sebuah kitab tetapi anda tidak pun mengambilnya. Baginda bersabda, ‘Sesungguhnya aku tidak ketahui adakah ianya tangan lelaki ataukah tangan wanita.’ Wanita itu berkata, ‘Bahkan tangan wanita’. Rasulullah SAW lalu bersabda, ‘Jika anda wanita tentulah anda mengubah (mencelup) kuku-kuku anda dengan inai” [HR An-Nasaei, Abu Daud]
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  • Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
contoh jari Scha al Yahya..hehehe..comelkan..
Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram.
Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).
sumber:WORLD OF AD-DIEN
         USTAZ NOR AMIN
    GOOGLE.COM

No comments:

Post a Comment

THANK U DEAR

 

Terima Kasih Semua