Fakta
Laut
Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت) merupakan kawasan
paling rendah di dunia yang tidak dilitupi ais, serendah 418 m di
bawah aras laut, dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam
330 m. ia juga merupakan laut termasin di dunia, dengankemasinan hampir 30 %. Ini lebih
kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun
hidupan yang boleh hidup di dalamnya.
Tasik
atau laut ini terletak di sempadan Jordan dan Tebing
Barat. Panjangnya 67 km dan 18 km paling lebar. Cawang sungai utamanya
ialah Sungai Jordan.
Sejarah
Laut Mati bermula pada zaman Nabi Lut apabila mereka melakukan beberapa
kerosakan di muka bumi. Mereka dicela akibat beberapa perlakuan yang melanggar
syariat seperti homosexual, melakukan seks sesama lelaki, merompak dan
membunuh. Bagaimanapun, kaum Nabi Lut ini lebih terkenal dengan sejarah
homosexual. Klimaks kemurkaan Allah terhadap kaum ini bermula apabila Allah
menghantar Malaikat yg menyamar sebagai seorang lelaki yang tampan. yg tinggal
bersama Nabi Lut. Apabila mereka mengetahui tetang kehadiran lelaki tampan ini,
mereka bergegas ke rumah Nabi Lut dan merogol lelaki ini. Malaikat telah diarah
untuk menterbalikkan kawasan tempat tinggal mereka ke bawah. Bagaimanapun,
pengikut Nabi Lut telah diselamatkan dari malapetaka ini.Sejarah Laut Mati
boleh juga dilihat di dalam Surah Ar-Rum di dalam Al-Quranul karim. Semoga
kita mendapat iktibar daripada malapetaka yg menimpa Kaum Nabi Lut supaya
menjauhkan diri daripada melakukan kemaksiatan yg sama...Wa na'uzubillah min
Zalik.
kisah kaum Luth dan Laut Mati
Wahai
saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah
seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh
sasa itu.Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut.
Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya
menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa.
Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh
kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat
mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di
rumahnya.Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum
yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak
muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka,
wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala
wanita untuk wanita.
“Apa
yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi
begitu serba salah.
“Apakah
kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. “
” Oh
tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan
dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air
yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.
Demi
mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan
berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.
Baginda
amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui
oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak
meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang
malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.Kepada isteri dan
puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar
kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri
tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka
kepada kaumnya.
Sebaik
sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas
dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.
“Wahai
Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami
sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka
terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.
“Wahai
Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri
menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain.
“Ya
Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para
tetamunya.
“Wahai
kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka
sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah
kamu ganggu para tetamu kami ini.”
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.
“Ah!
Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu.
Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin
tidak terkawal.
“Hai
Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin
engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.”
“Baik
engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan
pintu ini.”
Nabi
Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan
mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda
juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk
menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa
kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda
berserah diri dan bergantung harap.Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada
terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu.
Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.
“Wahai
Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda
itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah
seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu.
Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.
“Wahai
Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka
tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari
sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang
derhaka.”
Kini,
barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan
kaumnya telah hampir tiba..Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah,
penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin
kelam, hitam. Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi
hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas
bertembung antara satu sama lain.Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa
keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT.
Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum
itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan
diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas
sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para
pengamal homoseks di perut buminya.Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh
batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu
jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut
Mati`.
No comments:
Post a Comment