say welcome

WELCOME TO MY WORLD

Friday, 2 September 2011

NABI IDRIS A.S , MANUSIA PERTAMA YANG MENULIS DENGAN PENA



nasihat-nasihat-wali


Karena ketekunannya dalam beribadah dan menuntut  ilmu, Nabi Idris dikurnia oleh Allah S.W.T pengetahuan yang luas dan dalam. Dialah manusia pertama yang menulis dengan pena serta satu-satunya Nabi yang tinggal di Syurga tanpa mengalami kematian.
Nabi Idris lahir di Munaf, sebuah daerah di Mesir. Dia adalah keturunan ke enam Nabi Adam, dari Yazid bin Mihla’iel bin Qinan bin Syits. Beliau merupakan moyang kepada  Nabi Nuh AS. Nabi Syits mengajarkan Idris membaca Shafiah. Allah SWT menurunkan 30 Shahifah kepada Nabi Idris AS yang mempunyai petunjuk untuk disampaikan kepada umatnya (keturunan Qabil yang durhaka kepada Allah).
Idris ketika kecil mempelajari Shafiah dengan tekun, dan kerana kesukaannya membaca itulah, beliau mendapat gelaran sebagai “Idris”, yang ertinya orang yang tekun belajar. Beliau belajar membaca dan menulis tanpa mengenal waktu dan tempat. Beliau menjadi Nabi pertama yang menulis dengan Pena yang diperbuat daripada batu kerikil. Tidak menghairankan apabila Allah menganugerahkan ilmu pengetahuan yang luas.

Beliaulah yang mula-mula pandai ilmu matematik dan ilmu kaji bintang, dan beliau juga merupakan manusia pertama yang merancak kuda, menggunting pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang dan menjahitnya.
Dia mempunyai kekuatan yang hebat dan bertabiat sebagai gagah berani, sehingga diberi julukan sebagai “Asadul Usud”, yang bererti Singa dari segala Singa. Dia tidak pernah lalai sedikitpun dari mengingat Allah, walaupun ketika sibuk menghadapi persoalan penting sehari-hari. Hingga Allah memberikan darjat yang tinggi kepadanya.
Seperti Nabi Adam dan Nabi Syits, Nabi Idris juga menerima Wahyu Allah melalui Malaikat Jibril yang mempunyai 30 Shahifah yang berisi petunjuk untuk disampaikan kepada Umatnya. Beliau di utus untuk berdakwah kepada umat keturunan Qabil. Umat ini telah bersikap derhaka kepada Allah. Mereka menimbulkan pelbagai bencana dan kerosakan di muka bumi. Justeru itu,Nabi Idris orang-orang ini diajak salat, puasa dan bersedekah.
Tapi, keturunan Qabil ini tidak ingin mendengar ajakan ke arah kebaikan . Mereka malah menghina dan mengejek Nabi Idris. “Hidup kami sudah selesa, senang dan serba cukup, kenapa engkau mengganggu kami? Tanya beberapa orang penting dari kaum itu.
“Ajaranmu pelik, kami tidak menginginkannya!” sahut yang lain. “Lebih baik engkau hidup sendiri bersama Tuhanmu.”

Begitulah tentangan dakwah Nabi Idris selama puluhan tahun demi menyebarkan ajaran kebenaran. Hanya segelintir orang yang ingin mengikuti ajaran beliau. Sebahagian besar dari mereka lebih suka mengikuti hawa nafsunya sendiri.
Kerana keturunan Qabil semakin menentang ajaran Idris A.S, Allah S.W.T memerintahkan Nabi Idris A.S untuk meninggalkan mereka dan membawa pengikutnya yang setia dan ingin beriman kepada Allah S.W.T untuk menyelamatkan diri. Kerana Allah S.W.T akan menurunkan azab kepada umat yang derhaka itu.
Begitu Nabi Idris A.S dan pengikutnya meninggalkan negeri itu, datanglah azab yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. seperti pertanian musnah dan tidak subur, ternakan mati, akhirnya umat yang sesat itupun mati bergelimpangan kerana kelaparan.
Sebaliknya, Nabi Idris dan orang-orang beriman yang mengikutinya diselamatkan oleh Allah S.W.T dari bencana yang mengerikan itu.

Bersambung …
Gambar: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0mVYfhUNyevDH5Kt1DxP7Mtotd2OyXifSSdIn8CCXTsuyFU_cG4k0dfyfpTThtYsIoTFfDlJ1gmf5PG-FcLVHYo3928fEQFEUhoOyB2wHGNmkkfNlr4O_ITB7XP6YqDza2t_XiHzIUOTB/s320/petuah.gif

No comments:

Post a Comment

THANK U DEAR

 

Terima Kasih Semua