PANDUAN
/ TATACARA SOLAT AIDILFITRI LENGKAP MENGIKUT SUNNAH
NABI
S.A.W
Waktu
untuk mengerjakan solat Aidil Fitri adalah setelah terbitnya matahari setinggi
tombak sehingga tergelincirnya matahari iaitu waktu dhuha. Disunnahkan untuk
melewatkan solat Aidil Fitri agar memberikan kesempatan mereka yang belum
menunaikan zakat fitrah untuk menyempurnakannya.
1 –
Tidak ada solat sunat sebelum dan sesudah Solat Aidil Fitri.
Dari
Ibnu `Abbas bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada
Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat dan tidak solat sebelumnya dan tidak pula
sesudahnya.
(hadis
riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis
no: 989)
Hanya
sahaja di Malaysia
ini solat Aidil Fitri dikerjakan di masjid-masjid. Maka perlu untuk
dilaksanakan solat Tahiyat al-Masjid kerana secara umumnya setiap kali
seseorang masuk ke dalam masjid adalah disyari’atkan untuk dikerjakan solat
sunat dua rakaat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah sebagaimana sabda Nabi
shalallahu ‘alaihi wasallam:
Apabila
salah seorang di antara kamu masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua
rakaat sebelum duduk.
(Hadis
riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Sholah, hadis no:
444)
2 –
Tidak ada azan atau iqamah mahupun apa-apa ucapan sebelum solat Aidil Fitri.
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anh: Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam melaksanakan solat `Ied tanpa azan dan tanpa iqamah.
(Hadis
riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis no: 968)
Namun
untuk kemaslahatan umum, dibolehkan membuat pengumuman ringkas untuk memberi
tahu para hadirin bahawa solat Aidil Fitri berjamaah akan bermula, agar mereka
dapat bangun dan mula menyusun saf, lebih-lebih di tempat solat yang luas
dimana kedudukan imam tidak dapat dilihat.
3 –
Jumlah rakaat solat Aidil Fitri adalah dua.
Dari
Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anh dia berkata: Bahawasanya Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam keluar pada Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat…
(Hadis
riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis
no: 989)
4 –
Terdapat tambahan takbir di dalam solat Aidil Fitri.
Dari
`Aisyah (radhiallahu ‘anha), dia berkata: “Bahawa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam biasa bertakbir pada solat Aidil Fitri dan aidil Adha, pada
rakaat pertama tujuh kali takbir dan pada rakaat kedua lima kali takbir, selain dari dua takbir
rukuk.
- Hadis
riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no:
970.
Ada pun tentang jumlah takbir secara keseluruhannya sebelum
bacaan al-Fatihah, maka terdapat dua pendapat yang masyhur:
i –
Untuk rakaat pertama lapan takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan tujuh takbir
kerana solat Aidil Fitri. 1 + 7 = 8. Untuk rakaat kedua enam takbir, iaitu satu
takbir kerana memulai rakaat kedua dan lima
takbir kerana solat Aidil Fitri. 1 + 5 = 6.
ii –
Untuk rakaat pertama tujuh takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan enam takbir
solat Aidil Fitri. 1 + 6 = 7. Untuk rakaat kedua lima takbir, iaitu satu takbir
kerana memulai rakaat kedua dan empat kali takbir solat Aidil Fitri. 1 + 4 = 5.
Kedua-dua
pendapat termasuk dalam kategori perbezaan pendapat yang dibenarkan. Boleh
memilih salah satu daripadanya atau yang lebih tepat, mengikuti takbir imam solat
Aidil Fitri dalam pendapat yang dipilihnya.
5 –
Tentang haruskah diangkat tangan atau tidak ketika takbir tersebut, menurut
Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan: Tidak pernah diriwayatkan dari
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa baginda mengangkat kedua
tangannya ketika takbir pada solat Aidil Fitri (takbir pada rakaat pertama yang
berjumlah tujuh kali dan pada rakaat kedua lima kali)…
Hanya
sahaja Ibnul Mundzir berkata: “Malik telah berkata bahawa di dalam masalah ini
(iaitu angkat atau tidak tangan ketika takbir tersebut) tidak ada sunnah yang
dianggap muktamad. Barangsiapa ingin mengangkat kedua tangannya pada waktu
takbir tidak mengapa. Namun pendapat pertama (iaitu tidak mengangkat tangan)
lebih aku sukai.”
(Syaikh
Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Total Koreksi Ritual Salat, ms. 395-396)
Oleh
itu di dalam hal ini bolehlah kita memilih untuk mengangkat atau tidak tangan
ketika takbir-takbir tersebut, namun yanglebih hampir kepada sunnah Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam ialah dengan tidak mengangkatnya.
Wallahu’alam.
6 –
Mengenai bacaan di antara takbir-takbir tersebut maka Syaikh `Ali Hassan bin
`Ali al-Halabi al-Atsari berkata: Tidak ada hadis yang sahih yang
diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai doa tertentu yang
dibaca di antara takbir-takbir solat Aidil Fitri, tetapi telah ditetapkan dari
Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anh bahawasanya dia berkata mengenai solat Aidil
Fitri: “Di antara dua takbir dipanjatkan pujian kepada Allah ‘Azza wa Jalla
sekaligus sanjungan ke atasNya.”
(Syaikh
`Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, Meneladani Rasulullah Shallallahu
‘alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 61)
Menurut
Imam Ahmad dan Imam al-Syafi’i rahimahumallah sunat di antara dua takbir itu
membaca zikir seperti:
“Subhanallah,
walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar”.
(Dinukil
darpada kitab Fikih Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh
Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 2, ms. 286)
7 –
Tentang surah-surah yang dibacakan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam setelah
membaca al-Fatihah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah berkata:
Diriwayatkan secara sahih dari bacaan pertama surah Qaf dan surah al-Qamar dan
bacaan kedua surah al-A’laa dan al-Ghaasyiah, dan hanya inilah riwayat yang
sahih dari beliau tentang bacaan itu (iaitu pada solat Aidil Fitri).
(Ibnu
Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma’ad, ms. 49)
8 –
Apabila seseorang tidak dapat turut serta untuk solat Aidil Fitri bersama
secara berjemaah maka hendaklah dia solat dua rakaat secara sendiri. Di dalam
Shahih al-Bukhari terdapat sebuah riwayat dari Atha’ bahawa dia berkata:
Jika
seseorang terlewatkan (tidak mendapatkan) solat Hari Raya, maka hendaklah dia
solat dua rakaat.
(Hadis
riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, Bab
Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat `Ied, Maka Hendaklah Dia Melaksanakan
Solat Dua Rakaat).
HUKUM
SOLAT HARI RAYA
Berkata
Ibn Taimiyah rahimahullah: Solat Hari Raya hukumnya fardu ‘ain bagi
setiap individu sebagaimana ucapan Abu Hanifah (Lihat: Hasyiyah Ibnu Abidin.
2/166) dan selain beliau. Ia juga pendapat Imam Syafie dan salah satu
dari pendapat mazhab Ahmad. (Lihat: Majmu Fatawa. 23/161) Pendapat yang
menyatakan fardu kifayah tidak berasas. (Lihat:
Majmu Fatawa. 23/161)
Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah meninggalkannya walaupun sekali.
Baginda memerintahkan semua manusia mengerjakannya, sehingga para wanita yang
merdeka, para gadis pingitan dan wanita haid dianjurkan ke musalla.
(Lihat:
Al-Mau’idah al-Hasanah 42-43. Siddiq Hasan Khan Sailul Jarar. 1/315. Syaukani)
“Ummi
Atiyah berkata: Rasulullah memerintahkan kami mengeluarkan para wanita merdeka,
yang haid dan gadis-gadis pingitan pada Hari Raya Aidil Fitri dan Adha.
(dilafaz lain) Keluar ke mussala (tanah lapang). Mereka menyaksikan kebaikan
dan dakwah kaum muslimin. Aku berkata: Wahai Rasulullah, salah seorang dari
kami tidak mempunyai jilbab? Baginda berkata: (suruh) agar saudaranya
meminjamkan jilbabnya!
(H/R
Bukhari 324, 351, 971, 974, 980, 981 dan 1652. Muslim. 980. Ahmad. 5/84-85.
An-Nasaii. 3/180. Ibnu Majah. 1307 dan at-Turmizi 539)
Perintah
di hadis ini menunjukkan perintah yang wajib, kerana diwajibkan ke musalla
bermaksud diwajibkan bersolat Hari Raya. Maka dengan demikian solat Hari Raya
hukumnya wajib ‘ain, atau yang lebih rajih hukumnya adalah wajib dan
bukan sekadar sunnah.
(Lihat:
Tamamul Minnah. Hlm. 344. Nasruddin al-Albani)
for more
information:
No comments:
Post a Comment