sumber
dari:http://sgtv-mommies-club.blogspot.com/
SOAL
MALAIKAT MUNKAR NAKIR DAN AZAB/NIKMAT ALAM KUBUR
قَالَ مُصَنِّفُ رحمه الله تعالى وَنَفَعَناَ الله بِهِ فِى الدَّاريْن آمين؛
MASALAH
PERTANYAAN MALAIKAT MUNKAR DAN NAKIR,AZAB DAN NIKMAT ALAM KUBUR.
"Pertanyaan
malaikat kepada kita kemudian azab kubur serta nikmatnya adalah wajib seperti
juga hari pembangkitan dipadang mahsyar"
(cf: Jauharatut
Tauhid – Syeikh Ibrahim Laqqani / Al-Bajuri / Matan Sanusi)
1.0 PENGENALAN
Pertanyaan
Munkar dan Nakir kepada kita sekalian, iaitu umat yang menerima dakwah, sama
ada mukmin, munafik mahupun kafir adalah wajib. Akan tetapi terdapat juga
qaul seperti qaul Ibnu Abdil Bar yang mana dia menyatakan bahawa
orang kafir tidak ditanya, hanya orang mukmin dan munafik sahaja kerana
terhubungnya mereka kepada Islam menurut zahimya (; sila rujuk kitabnya
iaitu At-Tahmid). Namun, pendapat jumhur ulama menyalahi qaul
ini.
2.0 SIFAT
ATAU CIRI MALAIKAT PENANYA YANG DATANG
Kedua-dua
malaikat yang datang untuk menjalankan pertanyaan di dalam kubur itu dinamakan
dengan Munkar Nakir. Sebabnya kerana kedua-duanya mendatangi orang mati
dengan rupa yang sangat tercela (munkarah). Sifat kedua-dua malaikat itu
berdasarkan keterangan hadith adalah
· Bewarna
hitam kebiru-biruan,
· Kedua-dua
matanya seperti periuk tembaga, dan pada riwayat yang lain seperti kilat, serta
· suara
keduanya bagaikan petir yang mana jika keduanya berbicara maka keluarlah api
dari mulutnya.
· Pada
tangan tiap-tiap dari keduanya terdapat gada atau palu besi yang mana
seandainya dipukulkan gada atau palu itu pada gunung nescaya hancur gunung itu.
Dalam
satu riwayat yang lain pula diterangkan bahawa pada tangan kedua-kedua malaikat
itu terdapat tongkat kecil dari besi (mirzabah) yang mana seandainya
semua penduduk Mina berkumpul untuk mengangkatnya nescaya tidaklah mereka dapat
mengangkatnya.
Kedua-dua
malaikat itu mendatangi orang-orang mukmin dengan baik dan akan
berkata kepada siapa yang telah beroleh taufik untuk menjawabnya dengan betul,
dengan ucapan:
"Tidurlah
engkau sebagai-mana tidurnya pengantin !".
Sebaliknya,
terhadap orang-orang munafik dan kafir, kedua malaikat itu akan
membentak.
Satu
pendapat mengatakan bahawa orang mukmin yang diberi taufik itu, malaikat yang
datang kepadanya bemama Mubassyar dan Basyir; manakala
orang kafir dan mukmin yang berbuat maksiat, malaikat yang datang kepadanya
bemamaMunkar dan Nakir. Ada
juga yang menyatakan bahawa bersama kedua malaikat ini ada satu
malaikat yang lain lagi iaitu yang namanya adalah Nakur. Juga, ada juga
yang menyatakan bahawa sebelum kedua malaikat ini datang maka akan
datang satu malaikat yang bemama Ruman. Keterangan mengenai Ruman ini
tidak dapat diterima kerana hadithnya adalah maudhu' (iaitu palsu).
3.0 TURUTAN
PERTANYAAN DAN HAL-HAL YANG BERKAITAN
Pertanyaan
kedua malaikat itu akan dilaksanakan sesudah sempurna pengkebumian dan ketika
orang-orang yang menghantar mayat ke kubur sudah pulang. Dalam satu hadith ada
diterangkan bahawa orang yang mati itu akan mendengar hentakan kaki orang yang
menghantamya.
"Bahawasanya
hamba (الله) itu
apabila diletakkan pada kuburnya, dan berpaling daripadanya oleh
sahabat-sahabatnya, dan bahawasanya mendengar ia akan derap-derap
bunyi kasut-kasut mereka itu (ya'ni bunyi derap kasut sahabat-sahabatnya yang
beransur pulang setelah menghadiri pengkembumiannya) apabila datangkan dia oleh
dua Malaikat (ya'ni apabila dia didatangi oleh dua Malaikat iaitu Mungkar dan
Nakir)."
Mengikut
pegangan jumhur ulama’, sesudah sempuma pengkebumian, Tuhan akan mengembalikan
roh kepada sekalian badan. Keterangan ini adalah zahir hadith. Syeikhul
Islam Ibnu Hajar (رحمه الله تعالى)
menyatakan bahawa roh itu akan dikembalikan kepada setengah badan yang paling
atas saja.
Maka,
dengan keterangan ringkas di atas sudah memadai kita katakan bahawa orang yang
berkata bahawa yang ditanya itu adalah badan tanpa roh telah keliru, sebagaimana
kelirunya orang yang berkata bahawa yang ditanya adalah roh tanpa badan, kerana
roh dan badanlah yang akan ditanya. Akan tetapi, walaupun roh telah kembali ke
badan, tidaklah ternafi (atau hilang) sebutan mayat ke atas mayat itu kerana
hidupnya ketika itu bukanlah hidup yang sempuma melainkan perkara yang
pertengahan antara hidup dan mati, sebagaimana menengahi oleh tidur di antara
keduanya (iaitu hidup dan mati itu).
Jadi,
dengan keterangan di dalam perenggan di atas tadi, jelaslah bahawa tidak ada
sebarang pertentangan dengan keterangan ayat iaitu (Surah Fathir, ayat
22)::
﴿ وَمَا يَسْتَوِي الأَحْيَآءَُ وَلاَ
الأَمْوَاتُُ (ج) إِنَّ اللَّهَ يُسْمِعُ مَن يَشَاءُ (صلى) وَمَآ
أَنتَ بِمُسْمِعٍ مَّن فِي الْقُبُورِ ﴾
Maksudnya::
"Dan
tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya
(الله) – menurut peraturan
kejadian-Nya – dapat menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mendengar, dan
(engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang yang di dalam kubur
mendengar."
Untuk
makluman, ayat ini sering dipetik oleh segolongan sufaha’ (ya’ni
golongan bodoh dan kurang berilmu daripada kalangan profesional dan ilmuan
agama moden umat Islam) yang menyatakan bahawa bacaan talqin ke atas mayat
itu tidak memberi apa-apa faedah kepada si mati. Jika para pembaca sekelian
masih ingat, ayat ini saya sudah jelaskan sebelum ini iaitu (dengan keterangan
tafsir sebagaimana berikut)::
"Dan (demikianlah
pula) tidaklah sama orang-orang yang hidup (ya'ni orang-orang
yang hidup hatinya dengan iman) dengan orang-orang yang
mati (ya'ni orang-orang yang mati hatinya disebabkan sikapnya tetap degil
di dalam kekufurannya). Sesungguhnya (الله) – menurut peraturan kejadian-Nya – dapat menjadikan
sesiapa yang dikehendaki-Nya mendengar (ajaran-ajaran kitab (الله) serta menerimannya), dan (engkau wahai
Muhammad)tidak dapat menjadikan orang yang di dalam kubur mendengar (dan
menerimanya) (nota:: dari ayat ini hingga ayat 26, memberi semangat kepada
junjungan kita Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) supaya berjuang terus menegakkan Islam dan jangan
menghiraukan tentangan-tentangan orang-orang yang engkar)."
Jelaslah
di sini, mereka tidak tahu mentafsirkan dan melakukannya barangkali secara
dzahir atau kehendak hati mereka. Murad atau yang dikehendaki dengan (الموتى) dan (من) di
sini adalah orang kafir, bukannya orang mati, iaitu kaedah isti'arah (استعاره) di dalam ilmu ushol tafsir. [ Juga, saya merasa amat
hairan juga apabila mengenangkan orang berkenaan menyatakan bahawa salah satu
bidang ilmu kemahirannya ialah Ushol Tafsir di samping sedemikian banyak lagi
ilmu agama yang dikuasainya. Akan tetapi, beliau jelas jahil lagi berdengong
dalam medan
ini. Maaf kerana bahasa saya ini. Bukanlah tujuan saya untuk merendahkan
kredibilitinya tetapi saya semata-mata terpaksa berkeras dengan golongan yang
demikian, yang mendabik dada seolah-olah alim berar tetapi zahirnya nampaknya
sebenarnya beliau tidak demikian ]
Seterusnya,
datanglah kepada mayat itu sebahagian panca indera, akal dan ilmu, yakni
sesuatu yang akan menyebabkan dia mengerti terhadap pembicaraan serta
menyebabkan dia mudah dalam memberikan jawapan.
Keadaan
danpada orang-orang yang ditanya itu berbeza-beza. Di antara mereka ada yang
ditanya oleh dua malaikat sekaligus sebagai pemberatan ke atasnya dan ada pula
yang ditanya oleh salah satu sahaja daripada keduanya sebagai keringanan ke
atasnya.
Ada
diterangkan bahawa salah satu dari kedua malaikat itu akan berada di bawah
kedua kaki si mayat sedangkan yang lain disebelah kepalanya dan dia akan
ditanya satu kali, sedangkan pada hadith Asma' dia akan
ditanya tiga kali.
Menurut
satu qaul dari Jalaludin as-Sayuti (iaitu Imam Sayuti) bahawa orang
yang mukmin ditanya selama 7 hari sedangkan orang yang kafir ditanya selama 40
hari. Dan kedua malaikat tersebut akan menanya setiap orang dengan
bahasanya sendiri atas qaul yang sahih. Hal ini juga berkaitan dengan
dasar pengambilan melakukan amalan kenduri sunat (dari satu hingga 7 hari) yang
saya fikir dilakukan dengan ikhlas oleh sesetengah golongan daripada umat Islam
kita di sebelah sini; yang mana hal ini juga dibidaahkan oleh golongan sufaha’
yang saya sebutkan sebelum ini. [ Keterangan berkenaan kenduri sunat ini
memerlukan huraian yang berasingan yang mana saya akan lakukan, (ان شاء الله تعالى) di
masa akan datang. Saya tidak mahu mencampur adukkan keterangan sehingga
huraiannya nanti meleret-leret sehinggakan mencederakan maksud asal rencana
atau artikel penjelasan masalah pertanyaan munkar dan nakir dan azab dan nikmat
kubur yang menjadi inti utama artikel atau makalah ini. ]
Qaul
Imam Sayuti di mana pertanyaan di dalam kubur itu dilakukan dengan bahasa
seseorang itu sendiri bersalahan (berbeza) dengan orang yang berkata bahawa
pertanyaan itu dengan bahasa Suryani (iaitu bahasa kitab
Zabur(psalm)). Oleh sebab itulah maka sebahagian ulama berkata:
"Dan
di antara keajaiban sesuatu yang terlihat oleh dua mata bahawa pertanyaan kubur
itu menggunakan bahasa Suryani. Telah berfatwa dengan ini qaul oleh
guru kita Al-Bulqini dan tidaklah aku ada melihat orang lain mengikuti dengan
mata kepala sendiri."
[ Nota,
”ini qaul” yang diitalik dan dihitamkan diatas bermaksud dengan qaul ini iaitu
qaul Al-Bulqini. Saya minta maaf kerana saya melakukan terjemahan dari bahasa
Arab, bukan masalah bahasa Malaysia.
Akhir-akhir ini ada juga pihak yang hendak mencerca saya dengan menjadikan gaya penulisan
artikel-artikel agama saya yang kebanyakannya dipetik daripada kitab-kitab Arab
yang muktabar, sebagai contoh kelemahan bahasa saya. Saya bukan ulama’, tetapi
jangan bermusuhan dengan ulama’ kerana mereka (yang hak) adalah golongan yang
dikurniakan kelebihan dapat memberi syafaat di hari pembalasan. Kebanyakan
teguran mereka adalah sebab bimbangkan akan orang yang ditegur, bukan
sebaliknya. ]
Seseorang
mayat itu akan ditanya meskipun bercerai-berai anggota tubuhnya, atau
bahagian-bahagian dalam tubuhnya telah dimakan binatang buas. Adalah amat mudah
bagi Allah untuk mengembalikan roh mayat itu ke dalam anggota-anggota tubuhnya
itu meskipun sudah bercerai-berai kerana kekuasaan Allah itu patut atau layak
untuk yang demikian. Jadi hal ini adalah keterangan syara’ bukannya keterangan
logik aqal. Terdapat kemungkinan bahawa Allah akan mengembalikannya sebagaimana
keadaannya yang asal.
Jika
segolongan makhluk mati sekelompok dalam satu waktu dengan ikiim yang
berbeza-beza, maka menurut Imam Qurthubi zat kedua malaikat itu boleh
saja dibesarkan dia akan mengajak bicara makhluk yang banyak tersebut dengan
sekali bicara. Sebaliknya menurut Al-Hafiz as-Suyuti bahawa ada
kemungkinan berbilanglah malaikat yang dipersiapkan untuk yang demikian itu,
dan Syeikh Hulaimi mengikuti pendapat ini sebagaimana yang disebutkan
di dalam kitabnya iaitu Al-Manaahij:
"Dan
yang menyerupai pendapat tersebut adalah bahawa malaikatus soal itu merupakan
satu kelompok yang besar dimana sebahagiannya dinamakan Munkar dan yang
sebahagiannya lagi dinamakan Nakir, lalu kepada tiap-tiap mayat diutus dua
orang saja dari mereka".
Beberapa
hadith yang menerangkan tentang kaifiyyat soal jawab adalah berbeza-beza sebagaimana
dikatakan oleh Qurthubi. Di antara mereka ada yang ditanya tentang
sebahagian iktikadnya dan ada pula yang ditanya tentang seluruh iktikadnya.
Ibnu
Abbas (رضى الله عنهما)
menyatakan bahawa mereka akan ditanya tentang dua kalimah syahadat; tetapi
menurut Ikrimah (iaitu seorang Tabi’i) mereka akan ditanya tentang
iman dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan tentang urusan tauhid.
Ada riwayat menerangkan bahawa kedua malaikat itu akan
berkata:
”Apa
engkau katakan pada laki-laki ini (maksudnya Nabi Muhammad)".
Kedua
malaikat itu mengatakan demikian tanpa penghormatan dan pengagungankepada
orang berkenaan walau apapun jawatannya di dunia. Tujuannya adalah agar
dapatlah terlihat perbezaan antara orang yang benar imannya dan orang yang
ragu-ragu. Orang yang benar imannya akan memberikan jawapan yang tepat
sedangkan orang yang ragu-ragu akan berkata:
"Aku
tidak tahu!"
maka
celakalah orang itu selama-lamanya.
Pertanyaan
ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap
Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang
merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa
fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam
menjawab. Ada
juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah
satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si
mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang
ditanya ketika malaikat bertanya:
"Siapakah
Tuhanmu?".
Pertanyaan
kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith
bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:
1) Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak
akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang
Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih
layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi
tidaklah layak untuk dikhilafkan.
2) Shiddiqin yakni
orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan
pengkhabaran.
3) Syuhada' yakni
mereka yang tergolong mati syahid.
4) Muraabithin yakni
mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.
5) Orang-orang
yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik
dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akansurah As
Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.
6) Orang
yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan
sabar dan ikhlas.
7) Orang
yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu
bermula selepas ’Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu ’Asr hari
Jumaat.
Qaul
yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa
selain para nabi dan syuhada' dalam peperangan adalah ditanya dengan
pertanyaan yang ringan.
Juga,
sebagaimana telah dimantapkan akan qaulnya oleh Jalaludin as Suyuti serta yang
para ulama’ besar yang lainnya, bahawa pertanyaan di dalam kubur itu adalah
khusus untuk orang-orang mukallaf (sila teliti keterangan mukallaf
yang banyak kali sudah saya buat sebelum ini). Dengan anak-anak (iaitu yang
belum mukallaf), maka tidaklah mereka akan ditanya.
Juga,
tidak ada pertanyaan akan dibuat kepada malaikat. Akan tetapi, soal pertanyaan
ke atas jin telah dijelaskan dengan mantap oleh Al-Jalaludin
as-Suyuti bahawa adanya pertanyaan pada mereka disebabkan mereka itu
terkena juga dengan taklif.
Dan
hikmah dari pertanyaan itu adalah menampakkan apa-apa yang telah disembunyikan
oleh para hamba di dunia berupa iman, kufur, taat atau maksiat. Maka
orang-orang mukmin yang taat akan menjadi kebanggaan Allah di hadapan para
malaikat dan sebaliknya orang-orang yang selain mereka akan dibuka pekong dan
kesalahannya, juga di hadapan para malaikat.
4.0 PENUTUP
Keterangan
berkenaan masalah ini akan dihuraikan lagi dalam bahagian yang akan datang. (ان شاء الله تعالى).
Juga, banyak ayat dan hadits, saya tidak kemukakan matannya untuk cepat
menulis. (ان شاء الله تعالى) saya akan berikan pada masa akan datang.
Sebelum
menutup kalam kali ini, suka saya mendatangkan satu riwayat yang menerangkan
bahawa (الله سبحانه وتعالى) pemah
mewahyukan kepada Musa (عليه السلام):
"Pelajarilah
kebaikan dan ajarkan dia kepada manusia ! Maka sesungguhnya Aku akan menyinari
bagi pengajar dan penuntut ilmu akan kubur-kubur mereka sehingga tidaklah
mereka merasa kesepian pada tempat mereka itu".
Dan
satu riwayat dari Umar (رضى الله عنه) menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa
yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan member!
pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "
(Sumber:Roudhah.Net)
(Sumber:Roudhah.Net)